Bekalan berharga MISI ‘12 bentuk pendakwah muda berkualiti – Bahagian 2

Rabu 30 Mei 2012 – Ikhtilat, Penulisan dan Potensi Diri

Pagi ini Ustaz Alias Othman membicarakan tajuk Ikhtilat yang membincangkan adab pergaulan menurut perspektif Islam. Menurut beliau, ikhtilat bermaksud percampuran silang jantina dalam satu tempat yang mampu wujud, pandang memandang, komunikasi, interaksi dan percampuran.

Tajuk ini begitu penting untuk dikupas kerana ia melibatkan rutin harian semasa belajar, berprogram dan bekerja supaya para pendakwah tidak melanggar adab-adab yang telah digariskan oleh Islam. Banyak persoalan peserta dirungkai dan dijawab oleh Ustaz dengan ringkas dan tepat.

Petangnya, slot penulisan diisi oleh Puan Nurul Arsyiah Abdul Halim, seorang novelis yang menambat hati. Menurut beliau, penulisan ini sangat penting kerana ia adalah jalan dakwah yang mampu memberi saham akhirat yang besar buat kita andai dilakukan dengan niat dan istiqamah.

Tambahnya, penulisan merupakan aspek penting dalam pembangunan ummah dan juga berkait rapat dalam Islam sebagaimana wahyu yang pertama diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW iaitu Iqra’ (Bacalah). Pembacaan bersumberkan hasil tulisan yang bersumberkan ilham nyata, datangnya daripada  Allah.

Slot yang terakhir pada malamnya bersama Puan Azlina Mohd Ghaffar. Beliau yang bertugas sebagai pakar psikiatri klinikal di salah sebuah poliklinik ini menceritakan mengenai potensi diri. Ujian personaliti kepada para peserta dilakukan pada waktu itu untuk menyatakan siapa diri mereka berdasarkan empat pengkelasan iaitu Explorer, Director, Builder dan Negotiator.

Dua markah pengkelasan tertinggi merupakan potensi yang paling dominan dalam diri seseorang. Hal ini mampu memberi peluang kepada individu untuk mengenalpasti potensi diri dan memaksimumkan bakat dan kebolehan yang Allah kurniakan kepada mereka. Oleh itu, potensi dan bakat mampu dicungkil untuk menghasilkan insan kamil yang hebat dalam semua aspek bagi membolehkan medan dakwah ini diungguli.

Sebagaimana rutin sebelum tidur, peserta kemudian bertadarus dan mendengar tazkirah mengenai kisah tauladan para sahabat Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi Wasalllam supaya sentiasa bersemangat mencontohi perjuangan sahabat dalam dakwah.

Khamis 31 Mei 2012 – Sejarah, Blogging dan Tayangan

Pagi ini, slot ‘Melakar Masa Depan Islam’ disampaikan oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor yang menerangkan dengan ringkas dan padat tentang susur galur sejarah dakwah pada zaman Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalalam hingga sampainya Islam ke Nusantara termasuk Tanah Melayu.

Petangnya, slot Blogging II oleh Saudara Azri membincangkan pelbagai teknik dan persoalan untuk membina blog berunsurkan dakwah yang menarik. Malamnya, peserta ditayangkan filem berunsurkan dakwah dan teladan.

Jumaat 1 Jun 2012 – Kepimpinan dan Problem Solving

Ustazah Maznah, Ketua Wanita Ikram menyampaikan tajuk ‘Sirah Kepimpinan Rasulullah’. Diceritakan juga perihal Rasulullah sebagai contoh pemimpin terbaik yang mesti menjadi panduan kita. Baginda telah mencipta tarikan agar mampu membawa diri dan sekalian manusia menuju tepat untuk mencapai matlamat iaitu pengabdian diri kepada Allah.

Dalam hal kepimpinan, beliau menyatakan, andai pemimpin yang persis jin ifrit itu kembali kepada fitrah, usah diungkap kisahnya yang dulu, terimalah ia yang sekarang. Beliau mengambil contoh sahabat, Khalid al-Walid yang menjadi pahlawan unggul membela Islam. Meskipun dahulunya pernah manjadi musuh, akhirnya beliau menjadi pemimpin terbilang dalam lakaran sejarah.

Saudara Mohd Raswan Othman Mydin, AJK Pembangunan Mahasiswa Ikram pada malamnya telah menyampaikan mengenai cara menyelesaikan kepincangan dan permasalahan (Problem Solving), tidak mengira kecil atau besar. Adalah penting untuk menyelesaikan masalah kerana hidup setiap insan pasti bergelumang dengan duri-duri pancaroba yang perlu dihadapi dan diselesaikan secara bijak.

Sabtu 2 Jun 2012 – Perkasa MISI 1

Hari ke-8 dan ke-9 bersamaan dengan hujung minggu pertama MISI ’12, program Perkhemahan Semangat Waja (Perkasa) diadakan, membariskan aktiviti yang sangat menarik serta penuh dengan aktiviti yang menambah keperkasaan para peserta. Para peserta bertolak dari Al-Amin Gombak ke Kem Rimba Tamu, Batang Kali tepat jam 8.00 pagi sambil disertai oleh beberapa orang wajah baru untuk membantu memudahkan program di sana kelak.


Perjalanan mengambil masa tidak kurang dari satu jam setengah. Setiba di sana, para peserta meletakkan bagasi mereka di ruang makan kemudia diarahkan berkumpul di padang kawad. Taklimat yang komprihensif yang penuh dengan peringatan dan ilmu itu diberikan oleh penghulu kem. Beliau juga menegaskan bahawa adab dan susila sebagai Muslim perlu dijaga dengan cemerlang.


Aktiviti yang menggugah potensi diri para peserta dimulai dengan aktiviti flying fox dan repelling. Taklimat keselamatan dan cara menjalani aktivi ini dengan tepat dan betul diberikan ringkas. Degup jantung dan debar akhbar jiwa raga para peserta tampak jelas di wajah. Namun, berbekal semangat juang dan keyakinan tinggi, segalanya berjalan dengan lancar dan seiring dengan program yang dianjurkan.


Lepas solat Zohor, kekentalan fizikal para peserta diasah dan digilap lagi dengan aktiviti Endurance Race, aktiviti yang kaya dengan ilmu ukhuwwah seperti gula-gula beracun, lohong buaya, terjun tembok dan pelbagai lagi menghiasi detik-detik aktiviti ini.

Selepas Isyak, para peserta berkumpul di dewan serbaguna untuk berkongsi pengalaman mereka ketika menghadapi Endurance Race. Pelbagai ragam, gelagat dan cara penceritaan disampaikan menampakkan keakraban yang mekar dalam aktiviti ini. Malam itu diakhiri dengan aktiviti debat dan pidato yang teorinya telah semua peserta pelajari semasa menjalani MISI ’12 minggu pertama.

Ahad 3 Jun 2012 – Perkasa MISI 2

Hari kedua Perkasa menjelma. Seperti biasa, para peserta bangun awal untuk menunaikan solat sunat tahajjud dan kemudian solat berjemaah subuh lalu disusuli dengan bacaan al-Mathurat. Sarapan nasi lemak disediakan kepada para peserta sebelum menjalani aktiviti lasak yang terakhir yang bakal menguji ketahanan diri iaitu menelusuri gua. Para peserta kemudian berjalan menuju ke gua tersebut yang berada tidak kurang 3 km dari kem.

Perjalanan yang diiringi dengan pepohon hutan banat, pacat lincah melompat-lompat, sungai deras dan berbagai lagi cerucuk duri. Gua yang terbina batuan besar itu akhirnya para peserta temui selepas berjalan jauh. Keadaan bukanlah seperti yang dijangka. Kekuatan fizikal yang amat tinggi digunakan kerana laluannya memerlukan para peserta merangkak, mengecilkan diri, berguling, menentang arus sungai yang kuat dan pelbagai lagi.


Perjalanan pulang kemudiannya mengambil masa kurang dari 2 jam. Dalam perjalanan pulang, yang jalannya kiri kanan dusun durian. Sorang pekebun yang bermurah hati memberikan para peserta sebakul durian. Sampai sahaja di kem, peserta makan tengahari dan kemudiannya memakan buah durian makan bersama-sama. Peserta pulang ke Gombak selepas solat Zohor di samping mengukir pelbagai pengalaman yang berharga dan mutiara ilmu yang didapati daripada program Perkasa untuk mampu menyuntik semangat juang yang tinggi.

Sumber: misi12.blogspot.com

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia