MPN melabuh tirai, 3 YDP Ikram Negeri baru

Tiga Ikram Negeri yang mendapat YDP baru ialah Johor, Kelantan dan Selangor sementara 11 negeri lain kekal dengan lantikan YDP sesi sebelumnya pada pemilihan AJK Negeri dalam MPN baru-baru ini. Mereka adalah Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif (Johor), Ust Dr Mohd Shaarani Mohd Naim (Kelantan) dan Prof Madya Hasanuddin Mohd Yunus (Selangor).

Tiga Setiausaha Ikram Negeri yang baru ialah Abdul Razak Kasmuri (Pahang), Aris Sipan (Melaka) dan Abang Abdul Halil Abang Naili (Sarawak) sementara 11 negeri lain kekal dengan lantikan Setiausaha sesi sebelumnya dalam pemilihan kali ini.

MPN Ikram adalah mesyuarat tahunan negeri setelah Mesyuarat Agung Daerah (MAD) diadakan oleh semua Ikram Daerah di setiap negeri. MAD pada tahun ini telah diadakan sekitar bulan April lalu dan melantik perwakilan daerah untuk menghadiri MPN termasuk membuat pemilihan untuk melantik Ahli Jawatankuasa Negeri (JKN) yang baru.

28 April 2012

MPN Ikram Sarawak telah diadakan di Kuching di mana mesyuarat dirasmikan oleh JKP Ikram, Prof Dr Omar Yaakob. YDP yang dilantik ialah Ust Dr Azhar Ahmad dan Setiausaha Abang Abdul Halil Abang Naili.

Gambar dari kiri: Ust Dr Azhar Ahmad, Hj Abdul Aziz Omar dan Dr Zainal Arifin Mustapha.

29 April 2012

MPN Ikram Melaka telah diadakan di Pejabat Ikram Melaka di mana mesyuarat dirasmikan oleh JKP Ikram, Ust Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Noor. YDP yang dilantik ialah Hj Abdul Aziz Omar dan Setiausaha Aris Sipan.

Sementara itu, MPN Ikram Sabah telah diadakan di Kota Kinabalu di mana mesyuarat dirasmikan oleh Timbalan Presiden Ikram, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. YDP yang dilantik ialah Dr Zainal Arifin Mustapha dan Setiausaha Surahman Salim.

12 Mei 2012

MPN Ikram Perlis telah diadakan di Kangar di mana mesyuarat dirasmikan oleh Hj Muhammad Nicholas Sylvester, JKP Ikram. YDP yang dilantik ialah Hj Mohamed Radzi Abdul Wahab dan Setiausaha Prof Madya Wan Muda Wan Yahaya.

Gambar dari kiri: Hj Mohamed Radzi Abdul Wahab, Hj Samsuddin Abdullah dan Ust Rusli Yusof.

MPN Ikram Pahang pula dirasmikan Presiden Ikram, Ust Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad di Dewan Seminar Pejabat Ikram Pahang di Indera Mahkota, Kuantan. YDP yang dilantik ialah Hj Samsuddin Abdullah dan Setiausaha Abdul Razak Kasmuri. MPN Ikram Kedah telah dirasmikan oleh JKP Ikram, Dr Zulfakar Ramlee di Pusat Pendidikan Al-Islah, Sungai Petani. YDP yang dilantik ialah Ust Rusli Yusof dan Setiausaha Hj Nasiruddin Abdullah.

Sementara itu, MPN Wilayah Persekutuan (WP) telah diadakan dengan kehadiran sekitar 80 perwakilan di Pejabat Ikram WP, Keramat Permai, Kuala Lumpur. Mesyuarat dirasmikan oleh Hj Nahar Md Nor, JKP Ikram. YDP yang dilantik ialah Prof Dr Hj Sahrim Ahmad dan Setiausaha Md Yusof Md Din.

13 Mei 2012

MPN Ikram Johor di Dewan al-Banna di Kompleks IKRAM Johor, Skudai dengan kehadiran sekitar 160 orang perwakilan termasuk pemerhati. Mesyuarat dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Agung Ikram, Hj Mohamad Yaakub Idris. YDP yang dilantik ialah Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif dan Setiausaha Dr Mohamed Ruslan Abdullah. Mantan YDP Ikram Johor, Dr Arshad Ahmad telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa bagi Ikram Pusat.

Gambar dari kiri: Prof Dr Hj Sahrim Ahmad, Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif dan Ir Jamaluddin Abdullah.

MPN Ikram Pulau Pinang telah diadakan di Dewan Kompleks Yayasan An-Nahdhoh, telah dirasmikan oleh Naib Presiden Ikram, Hj Syed Ibrahim Syed Noh yang ditemani JKP Ikram, Hj Nahar Md Nor. NGO Islam seperti HALUAN Pulau Pinang, PUM Pulau Pinang dan Angkatan Pemuda Islam (API) turut hadir dalam perasmian mesyuarat tersebut. YDP yang dilantik ialah Ir Jamaluddin Abdullah dan Setiausaha Isahak Ismail.

MPN Ikram Negeri Sembilan turut diadakan pada hari yang sama di Dewan Teater Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Mesyuarat dirasmikan oleh Bendahari Ikram, Prof Dr Alauddin Mohd Ali yang ditemani JKP Ikram Hj Mohd Fadzil Saleh. YDP yang dilantik ialah Prof Madya Dr Badlishah Sham Baharin dan Setiausaha Abdul Halim Yusoff.

Wakil NGO Islam dan bukan Islam turut dijemput hadir iaitu Yayasan Kasih Sayang, Persatuan India Muslim daerah Seremban, Muslim Revert Association, HALUAN Negeri Sembilan, Skuad Mubaligh NS, Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall dan WADAH Negeri Sembilan.

Gambar dari kiri: Prof Madya Dr Badlishah Sham Baharin, Dr Fakhruldin Mohd Hashim dan Ust Mohamad Lokman Awang.

MPN Ikram Perak telah diadakan di Dewan Ikram, Pusat Pendidikan Al-Hidayah, Ipoh. Mesyuarat dirasmikan oleh JKP Ikram, Ust Tajul Ariffin Zakaria. Antara wakil NGO yang hadir ialah HALUAN Perak, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Perak, Pusat Informasi Islam Perak dan wakil-wakil institusi IKRAM Perak. YDP yang dilantik ialah Dr Fakhruldin Mohd Hashim dan Setiausaha Hj Abdul Aziz Wok Ghazali.

18 Mei 2012

MPN Ikram Terengganu telah diadakan di SRI Al-Amin Dungun. Mesyuarat telah dirasmikan oleh JKP Ikram, Hj Shaharom Md Shariff. YDP yang dilantik ialah Ust Mohamad Lokman Awang dan Setiausaha Hj Zulkifli Ali.

 

26 Mei 2012

MPN Ikram Kelantan telah diadakan di Dewan Perpustakaan Dar Nur Az-Zahra, Kota Bharu di mana mesyuarat dirasmikan oleh Naib Presiden Ikram, Ust Wan Subki Wan Salleh yang ditemani JKP Ikram, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli. Mesyuarat dihadiri oleh 47 perwakilan. YDP yang dilantik ialah Ust Dr Mohd Shaarani Mohd Naim (gambar kiri) dan Setiasaha Hj Wan Zulkipli Wan Abdullah.

 

27 Mei 2012

MPN Ikram Selangor telah diadakan di Auditorium Muzium Negeri Selangor, Shah Alam di mana mesyuarat dirasmikan oleh Presiden Ikram, Ust Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dengan kehadiran sekitar 80 perwakilan. YDP yang dilantik ialah Prof Madya Ust Hasanuddin Mohd Yunus (gambar kanan) dan Setiasaha Hj Ridzuan Harun.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia