Delegasi Yayasan Al-Quds Antarabangsa lawat ibu pejabat Ikram

Seramai 6 orang delegasi yang diketuai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Antarabangsa, Dr Mohamad Akram Adlouni tidak melepaskan peluang untuk melawat ibu pejabat Ikram, antara NGO yang terlibat dalam usaha penubuhan Yayasan Al-Quds Malaysia pada Selasa lalu. Mereka diraikan oleh Presiden Ikram, Ust Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad yang pernah menjadi Naib Pengerusi Penaja II bagi Yayasan Al-Quds Malaysia sejak 2010.


Turut hadir meraikan delegasi adalah Ust Wan Subki Wan Salleh (Naib Presiden Ikram), Hj Mohamad Yaakub Idris (Penolong Setiausaha Agung Ikram), Prof Dr Alauddin Mohd Ali (Bendahari Ikram), Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif), Prof Madya Ust Hasanuddin Mohd Yunus (bekas Pengerusi Aqsa Syarif), dan Dr Fauziah Hassan (Ahli DPN Ikram).

Keesokannya, delegasi turut menerima sumbangan sebanyak USD30,000 (RM94,600) daripada Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) di ibu pejabat Ikram sebagai perintis dan tanda sokongan penuh rakyat Malaysia terhadap perjuangan dan usaha murni Yayasan Al-Quds Antarabangsa yang dinaungi oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.


Sumbangan telah diserahkan secara rasmi oleh Pengerusi MyGMJ, Dr Mohd Tahir Abd Rahman kepada Mr Yassin Hammoud, Pengurus Besar Yayasan Al-Quds Antarabangsa (Palestin-Lubnan) disaksikan oleh Dr Hafidzi dan Setiausaha Agung Yayasan, Mr As’ad Harmoush serta para aktivis Aqsa Syarif Pusat. Mr Yassin melahirkan rasa syukur dan gembira atas sumbangan berterusan rakyat Malaysia terhadap rakyat Palestin. Beliau turut mendoakan supaya Baitul Maqdis dan Palestin akan dibebaskan suatu hari nanti, hasil sumbangan yang diberkati ini.

Yayasan Al-Quds Antarabangsa adalah sebuah yayasan antarabangsa yang ditubuhkan bertujuan memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin. Lawatan rasmi yayasan ini ke Malaysia adalah bersempena dengan majlis pelancaran Yayasan Al-Quds Malaysia oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Hotel JW Marriott, Putrajaya pada Isnin lalu.

Yayasan Al-Quds Malaysia yang baru dilancarkan secara rasmi ini bertujuan untuk menyatukan semua usaha membebaskan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis, menggabungkan pelbagai parti politik dan NGO di Malaysia. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan ini adalah YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sementara Pengerusi Lembaga Pengarah yayasan dipengerusikan oleh YB Ust Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok.

Antara matlamat penubuhan yayasan ini adalah untuk menghentikan proses pengyahudian Baitul Maqdis, membantu mengekalkan rakyat Palestin di sekitar Baitul Maqdis dan menyatukan umat Islam, dan menghantar mesej yang jelas kepada Israel bahawa Baitul Maqdis adalah milik seluruh umat Islam. Yayasan Al-Quds Malaysia adalah cawangan ke-11 bagi Yayasan Al-Quds Antarabangsa selepas Mesir, Afrika Selatan, Yaman, Lubnan, Syria dan beberapa negara lain termasuk Gaza.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia