Misi kemanusiaan A2G4: IKRAM-AQSA2Gaza berjaya – Bahagian 2

Projek Mikrokredit Aqsa Syarif-Emaar Mula Menampakkan Kejayaan

Kod NGO: 002 Emaar For Development & Rehabilitations
Kod Projek: 00201
Nama Projek: Micro Credit Qardhul-Hasan Project
Pertubuhan Pelaksana: Emaar For Development & Rehabilitations
Projek Mula: Ogos 2011
Jumlah Sudah Disalurkan: RM357,300.00.

Emaar dipilih kerana cadangan projek yang dikemukan begitu bersesuaian dan sesuai dengan satu dari empat fokus Aqsa Syarif ketika ini iaitu pembangunan sosio-ekonomi penduduk Gaza selepas dimusnahkan oleh serangan Zionis.

Ahli BoT Dr Mohd Zin dan Dr Tahir telah meminta dibawa melawat beberapa premis dan aktivis misi sempat melawat empat usahawan selain dua pada hari sebelumnya. Kedai-kedai yang dilawati ialah kedai pakaian dewasa, kedai telefon bimbit dan minyak wangi, pusat tuisyen dan terapi ucapan, kedai gunting rambut, pusat jahitan dan kedai runcit.

Melalui projek pembiayaan Qardhul Hasan (pembiayaan tanpa keuntungan), Emaar mempunyai sistem yang baik dari pelbagai segi termasuk senarai usahawan-usahawan yang ingin membangun semula perniagaan atau baru memulakan perniagaan, mengumpul maklumat-maklumat pemohon berserta latar belakang, mengadakan temuduga dan semakan dengan pelbagai pihak termasuk ketua komuniti serta sistem pemantauan yang kemas.

Di antara objektif projek ialah membantu dan membangun semula sosio-ekonomi masyarakat Gaza dan memberi peluang mereka yang berpotensi untuk berniaga dan memberikan perkhidmatan kepada penduduk di Gaza khususnya di Khan Younis.

Dr Mohd Zin dan Dr Tahir telah diberikan senarai penuh nama penerima skim iaitu sejumlah 32 penerima skim Mikrokredit, membuat semakan senarai nama serta profil semua penerima serta prestasi perniagaan dan perkembangan pembayaran balik pembiayaan kepada Emaar. Mereka kemudiannya dibawa melawat secara rambang beberapa premis perniagaan dan secara langsung menemuramah para pemilik kedai dan pelanggan yang sedang berurusan dipremis yang mengambil skim pembiayaan Microkredit tersebut.

Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan sumbangan kepada tabung Aqsa Syarif. Sumbangan rakyat Malaysia kini sedang dimanfaatkan untuk membangun sosio-ekonomi melalui skim yang unik yang diuruskan Emaar.

Pada keseluruhannya Aqsa Syarif berpuas hati dengan projek Mikrokredit yang dijalankan di Gaza ini adan Aqsa Syarif mengharaf dan berdoa agar ianya merupakan projek iconic yang berjaya mencapai objektif.

1. Kedai Pakaian Dewasa

Lawatan ke Kedai Pakaian Dewasa dari skim Qardhul Hassan AQSA-EMMAR oleh anggota misi A2G4 begitu menarik. Dengan pembiayaan USD2,000 sahaja, Salam Abdel Salam telah berjaya meyakinkan rakannya yang telah memiliki kedai pakaian dewasa laki-laki seperti baju kemeja, seluar panjang dan kot atau suit untuk pakaian rasmi ke pejabat.

Dengan peluang yang diberikan rakan kongsi dan skim Qardhul Hassan itu, Salam telah berupaya memiliki perniagaan secara perkongsian dengan rakan karibnya dengan kedai yang disewa. Mudah bagi sesiapa yang ingin memiliki pakaian dengan penampilan segak dengan mengunjungi kedai Salam. Kini Salam boleh membawa balik gaji USD400 berbanding sebelumnya tidak memiliki pekerjaan.


2. Kedai telefon bimbit dan minyak wangi

Namanya Zeiad berumur 26 tahun dan lepasan Diploma Kesetiausahaan dari Universiti tempatan di Gaza. Beliau adalah antara ribuan lepasan IPT yang sangat sukar memperolehi pekerjaan kerana sekatan ekonomi semenjak 2006 dan serangan Israel terhadap Gaza pada Disember 2008.

Apabila beliau mengetahui bahawa pertubuhan Emaar membuka peluang pembiayaan Mikrokredit Qardhul Hasan, beliau lantas membuat permohonan. Berbekalkan ilmu berasaskan komputer yang dimiliki, beliau meyakinkan Emaar bahawa beliau berupaya menjalankan perniagaan menjual telefon bimbit, aksesori telefon serta minyak wangi.

3. Kedai gunting rambut

Namanya Mahmoud Muhammad Joma’a. Beliau seorang pemuda yang pernah mendapat latihan menggunting rambut di Centre of Vinus Hair Cutting. Selepas tempat beliau bekerja mengunting rambut tutup, lima bulan lalu, beliau telah berpeluang memperolehi USD2000 dari skim pembiayaan Mikrokredit AQSA-EMAAR. Dengan demikian beliau menggunakan untuk mengubahsuai sebuah premis yang disewanya dan digunakan untuk membeli kerusi khas dan peralatan-peralatan mengunting rambut.

4. Pusat tuisyen dan terapi ucapan

Namanya ialah Madam Khetam Awad. Dengan skim pembiayaan Mikrokredit AQSA-EMAAR yang diperolehi sejumlah USD1,500, beliau membuka pusat “speech therapy” untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah percakapan atau sebutan.

Beliau telah mendapat kerjasama dari seorang doktor pakar “speech therapy” iaitu adik kepada Dr Abdul Aziz Rantissi yang akan berada di pusat ini dua kali seminggu bagi menjalankan terapi percakapan kepada kanak-kanak yang hadir di pusat ini.

Madam Khetam Awad telah menyediakan 3 kelas dengan purata peserta di pusatnya sejumlah 55 orang. Empat orang guru dengan bayaran minima bertugas di pusat ini. Sesekali suaminya datang membantu menguruskan pusat terapi ini.

5. Pusat Jahitan di Khan Younis

Ketika misi A2G4 (Saddurihal ilal Quds), sukarelawan Ikram & Aqsa Syarif telah dibawa melawat pusat jahitan tersebut yang terletak di bandar Khan Younis yang padat dengan penduduk. Dengan keluasan lantai sekitar 20′ x 25′, pusat ini telah menempatkan 5 mesin jahit, meja memotong kain dan kabinet menyangkut baju.

Empat wanita terlatih di dalam jahitan pakaian turut hadir di dalam lawatan kami yang di sertai juga Pengerusi Emaar (Dr Anwar Ibrahem) dan pengurus Emaar (Mr Anwar Mosa). Pusat jahitan ini menjadi bukan sahaja aktiviti wanita, namun juga sumber pendapatan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Dengan bantuan yang AQSA salurkan (hasil sumbangan rakyat Malaysia), secara langsung 5 wanita mendapat pekerjaan. Beberapa orang juga akan menjadi pengedar dan penjual kepada pakaian-pakaian yang dihasilkan. Pusat jahitan ini akan menghasilkan pengeluaran pakaian-pakaian wanita, kanak-kanak dan pakaian sekolah bagi keperluan penduduk di Gaza.

Sebaik sahaja sukarelawan masuk ke pusat jahitan tersebut, reben perasmian pusat jahitan sudah menanti kami dan penghormatan diberikan kepada ketua konvoi A2G4, Ustaz Haris Bain untuk memotong reben tanda dibuka dengan rasmi pusat jahitan ini oleh Aqsa Syarif.

Peserta misi terpaku dengan sejumlah pakaian yang tergantung di kabinet yang telah dihasilkan dan bersedia untuk dipasarkan di Gaza dan luar Gaza. Peserta misi juga turut mendapatkan 15 pasang pakaian untuk dijual di Malaysia sebagai permulaan.


Aqsa Syarif akan terus memantau dan menambahkan modal untuk membesarkan pusat jahitan tersebut. Jika potensi memberangsangkan, berkemungkinan pusat jahitan seumpa itu akan diwujudkan di beberapa tempat lagi di sekitar Gaza bagi memenuhi keperluan penduduk yang baru sahaja bangkit dari tekanan dan serangan rejim Israel yang zalim.

Sumber: aqsa2gaza3.blogspot.com

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia