Rehlah IKRAMTeens Pasir Mas terima kejutan
PASIR MAS – IKRAMTeens Pasir Mas telah berjaya mengadakan aktiviti rehlah selama sehari pada Sabtu, 24 Mac 2012 bertempat di Tasik Danau Tok Uban.
Global March to Jerusalem (GMJ) 30 Mac: Solidariti antarabangsa membela Palestin
Pada bulan Mac 1976, bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak Zionis merampas tanah swasta dan awam secara besar-besaran di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kali dihadapi oleh Zionis sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948. Zionis mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.
Makan Malam Amal IKRAM Gombak kumpul dana lebih RM150,000
SHAH ALAM – Lebih RM150,000 dana berjaya dikumpul dalam program Makan Malam Amal IKRAM Gombak (MMAIG 2012) pada Ahad 11 Mac 2012 di Shah Alam Convention Centre (SACC Convec). Sekitar 500 tetamu hadir termasuk tetamu kehormat Presiden IKRAM Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Ketua Wanita IKRAM Ustazah Maznah Daud, JKP Pembangunan Sosial IKRAM Dr Harlina Halizah Siraj dan YDP IKRAM Selangor Ustaz Shamsul Maarif Ismail.
IKRAMTeens WP sedia ‘i-phone’ untuk remaja
KUALA LUMPUR – i-phone mungkin antara jenama telefon pintar yang menjadi kegilaan remaja masa kini. Harganya mencecah ribuan ringgit. Tetapi Kelab Remaja IKRAMTeens Wilayah Persekutuan pada 14 Mac lalu telah menyediakan ‘i-phone 2012’ kepada 112 remaja yang datang ke Masjid asy-Syakirin KLCC dengan bayaran hanya RM25.
‘Wanita Super’ tuntut kerajaan bersih
PETALING JAYA – Tarikh 18 Mac 2012 telah mencipta sejarah. Perhimpunan Wanita Suara Perubahan sempena Hari Wanita Sedunia 2012 telah berlangsung di Padang Astaka Petaling Jaya. Ahli-ahli IKRAM khususnya wanita tidak ketinggalan. Lebih 200 orang ahli IKRAM telah hadir dengan penuh bersemangat.
XCELL 2012: Menggilap Potensi Menggapai Prestasi
SERI KEMBANGAN – IKRAMTeens Pusat pada 11-13 Mac lalu telah menganjurkan program XCELL 2012 untuk ahli PRODUCE Gen 6. Program selama tiga hari dua malam ini berobjektif melahirkan remaja yang pemikirannya dapat dihalakan untuk sukses dalam bidang akademik serta mantap dalam tarbiah.