Program yang pada asalnya dirancangkan untuk remaja lelaki sahaja bagaimanapun telah dihadiri secara mengejut oleh kira-kira 15 remaja perempuan yang dihantar secara sukarela oleh penjaga mereka. Pihak urusetia terpaksa meminta bantuan wanita IKRAM untuk mengendalikan kehadiran mereka.
Program rehlah ini mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran seramai 100 remaja, dan sepanjang program itu mereka dibimbing oleh fasilitator IKRAMTeens yang diketuai oleh Sdr Rushdi Afifi.
Pihak penganjur telah menyediakan kemudahan pengangkutan dari tempat kediaman peserta ke tempat rehlah. Pada akhir sesi, kebanyakan remaja rata-ratanya berharap agar dapat hadir lagi ke program seumpama ini pada masa hadapan.