Makan Malam Amal IKRAM Gombak kumpul dana lebih RM150,000

Beberapa Ahli Parlimen dan ADUN turut menghadiri makan malam amal ini iaitu YB Azmin Ali (ADUN Bukit Antarabangsa – MP Gombak), YB Hj Saari Sungib (ADUN Hulu Klang), YB Datuk Abdul Fattah Mahmood (ADUN Bukit Panau – Exco Kelantan), YB Hjh Haniza Mohamed Talha (ADUN Taman Medan – Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor), YB Zuraidah Kamaruddin (MP Ampang) dan YB Tian Chua (MP Batu).


Majlis dirasmikan oleh Timbalan YDP IKRAM Daerah Gombak, Hj Mohd Tarmizi Munir. Yang Dipertua dan wakil-wakil daerah IKRAM di Selangor, Ketua-ketua kampung di Gombak, ahli-ahli IKRAM dan wakil-wakil syarikat serta individu turut hadir memeriahkan acara makan malam amal. Makan malam amal ini juga diserikan dengan penampilan istimewa penceramah jemputan Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan persembahan kumpulan Demascus.

Dalam Talk Show yang dikendalikan pengacara TV Al-Hijrah Ardi Herman Mohd Mardzi, Ustaz Zahazan menekankan tentang pentingnya semua pihak berperanan dalam menangani pelbagai permasalahan ummah. Menurutnya, tugas dakwah ini bukannya tugas ustaz dan ustazah sahaja. Proses pembinaan ummah akan terbantut sekiranya semua pihak mengambil sikap individualistik dengan mengatakan “Ini bukan urusan aku”.

Beliau turut mengisahkan keprihatinan sahabat Rasulullah SAW dalam perang Yarmuk, yang membuang kepentingan diri dengan mementingkan sahabat yang lain yang lebih memerlukan air meskipun mereka turut dahaga. Beliau juga mengisahkan bagaimana seorang tukang gunting rambut pada zaman Imam Abu Hanifah, berdakwah semasa menggunting rambut pelanggannya. Jelasnya, semua ahli masyarakat mesti berfungsi menjalankan tugas dakwah dan membina ummah.


Bertemakan “Budi Disemai, Bakti Dituai”, Makan Malam Amal IKRAM Gombak ini diadakan bagi mengumpul dana untuk mewujudkan sebuah pusat komuniti IKRAM Gombak dalam rangka untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan modal insan bagi remaja, pemuda dan  dewasa. Selain itu, hasil kutipan dana ini juga bertujuan membantu membangunkan institusi-institusi IKRAM di Gombak di samping melaksanakan aktiviti kaunseling, khidmat nasihat kesihatan, kelas bimbingan saudara baru dan latihan.

IKRAM Daerah Gombak dan jawatankuasa penganjur sangat menghargai semua sumbangan yang diberikan oleh pelbagai pihak yang terdiri daripada individu-individu, kumpulan usrah, syarikat, daerah-daerah IKRAM di Selangor dan juga mereka yang berusaha mendapatkan penajaan untuk makan malam amal ini. Semoga diberkati segala usaha dan Allah SWT jua yang dapat memberi ganjarannya.

Penghargaan istimewa juga kepada Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy (RSMTC) terutamanya Ummi Ros dan Ibu Yus serta teamnya yang sudi menjadi penasihat kepada program besar bagi IKRAM Gombak ini. Semoga segala usaha baik yang besar maupun kecil tetap akan dikira disisi Allah SWT selagi ianya ikhlas kerana-Nya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia