Jerayawara IKRAMedia: Memperkasa seni dakwah melalui media
KUCHING – Seramai sembilan orang peserta telah menghadiri jerayawara IKRAMedia Pusat bertempat di pejabat IKRAM Negeri Sarawak, Jalan Astana pada pagi tadi.
Penahanan ISA di Sabah: Kenyataan GMI
GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI)
&
SUARA RAKYAT MALAYSIA (SUARAM)
Kenyataan Akhbar: 17 November 2011
Penahanan dibawah ISA: Pembohongan dan Hipokrasi Kerajaan Terbongkar !
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengutuk tindakan polis dan kerajaan Malaysia kerana menahan 11 orang dari Tawau dibawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA). Angka ini adalah tidak rasmi kerana  ada sumber yang mengatakan angkanya kemungkinan 14 orang.
Thailand: Kasih disubur, bot diluncur, bantuan dihulur
BANGKOK – Prihatin dengan nasib umat Islam yang dilanda banjir, Qurban Kasih Ummah telah melaksanakan korban 27 ekor lembu dan 20 ekor kambing pada pagi Aidiladha 1432H di perkarangan ibu pejabat World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Thailand di sini.
SUA IKRAM terajui gabungan masyarakat madani perjuang hak rakyat
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Hj Zaid Kamaruddin selaku Pengerusi Bersama sebuah gabungan organisasi bukan kerajaan (NGO), Plan of Action for Malaysia (PoAM) atau Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) melancarkan piagam PoAM di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini semalam.
Tuan Guru Nik Aziz alu-alukan kemunculan IKRAM
KOTA BHARU – YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan mengalu-alukan kemunculan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di persada amal dakwah dalam masyarakat dan mengharapkan IKRAM saling bekerjasama dengan jentera kerajaan negeri dalam misi dakwah.
IKRAM anjur program korban dekati masyarakat
SERI KEMBANGAN – Program korban telah dilaksanakan oleh beberapa IKRAM Negeri dan Daerah sempena sambutan Aidiladha 10 Zulhijjah 1432 H yang lalu.