Program berupa bengkel yang bertujuan mendedahkan seni dakwah melalui media massa ini telah disampaikan oleh dua ahli jawatankuasa IKRAMedia Pusat, Sdr A Ralim M Yassen dan Sdr Muhamad Zulkarnain Jamaluddin.
Pengisian telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penulisan dan fotografi. Melalui dua sesi yang melibatkan teori dan praktikal ini, para peserta sedikit sebanyak dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam menyampaikan maklumat melalui media massa berlandaskan kefahaman Islam yang syumul.
“Bengkel seperti ini wajar dijalankan secara berkala dan lebih kerap untuk meningkatkan kemahiran berdakwah melalui media, terutama media baru yang dilihat menjadi semakin penting pada abad ini,” ujar Mohd Izzuddin Basir. Beliau yang mengikuti bengkel dari mula hingga akhir kelihatan begitu bersemangat untuk terus bergiat dalam bidang penulisan dan pelaporan berita.
Program sehari ini telah diakhiri dengan pelancaran ‘Alumni Bengkel IKRAMedia Sarawak’. Menurut penganjur, lebih 60 peserta telah menghadiri bengkel seperti ini yang meliputi beberapa buah negeri di seluruh Malaysia.