IKRAM anjur program korban dekati masyarakat

Selesai solat Aidiladha 6 November lalu, ahli-ahli IKRAM Pontian turun di tiga lokasi untuk melaksanakan korban iaitu Masjid Rimba Terjun, Surau Abdul Latif (Jalan Parit Masjid) dan Masjid Jamek Bandar Benut. Kumpulan-kumpulan usrah telah dibahagi-bahagikan dari segi tugasan untuk bersama masyarakat menjayakan program  tersebut.


Daging-daging dibahagi-bahagikan kepada penduduk Islam dan orang miskin sekitar Pontian. Kerjasama dan hubungan dengan masyarakat dijalinkan bersempena program ini. Di samping kerja-kerja melapah daging, para aktivis IKRAM Pontian memperkenalkan IKRAM dan potensi untuk menjalankan aktiviti bersama di antara IKRAM dan masjid serta surau di daerah Pontian.


IKRAM Johor Bahru Tengah pula telah melaksanakan korban sebanyak tiga ekor lembu di Kompleks IKRAM Johor, Taman Universiti, Skudai pada Isnin 7 Nov lalu. Lembu telah disembelih di pusat ternakan di Pontian. Dagingnya pula telah diproses di Kompleks IKRAM Johor dan kemudiannya diagihkan kepada fakir miskin sekitar dan orang asli. Lebihan tulang telah dimasak sup dan dijamu kepada semua peserta yang membantu.


Sebanyak 50 bungkus daging korban telah disumbangkan kepada penduduk Islam di perkampungan orang asli di Simpang Arang, Gelang Patah. Program masuk kampung ini dibuat dengan kerjasama Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid. Pihak masjid pula telah mengumpulkan baju terpakai memuatkan satu van untuk diagihkan kepada penduduk Islam yang memerlukan.  Beberapa kotak epal juga diagihkan kepada mereka.


Pada pagi hari yang sama, telah berlangsung program korban anjuran bersama IKRAM Kota Bharu dan Jawatankuasa Masjid Tapang. Program ini telah dilaksanakan di perkarangan Masjid Tapang, Kota Bharu yang merupakan pengkalan dakwah bagi IKRAM Kota Bharu. Majlis Korban ini bertujuan meningkatkan keprihatinan IKRAM terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Penduduk di sekitar Kampung Tapang gembira kerana berpeluang untuk bersama ahli-ahli IKRAM bersama-sama menguruskan lembu yang dikorbankan. Difahamkan bahawa masjid tersebut tidak pernah menganjurkan ibadah korban sebelum ini. Penduduk berbesar hati kerana IKRAM telah memulakan usaha ini dan berharap agar ianya akan dilaksanakan setiap tahun. Setelah semua daging dilapah, ia dibahagikan kepada kira-kira 150 orang penerima yang terdiri daripada penduduk sekitar Masjid Tapang.


Pada Selasa 8 November lalu, IKRAM Sabah telah menjayakan Majlis Qurban 2011 di Kampung Tambulion, Kota Belud. Setelah selesai acara korban, majlis diisi dengan tazkirah dan ceramah pendek oleh Pegawai Jabatan Pendidikan Sabah, penganjur bersama majlis tersebut. Kemudian daging korban diagihkan kepada masyarakat setempat oleh YDP IKRAM Sabah, Dr Zainal Arifin Mustapha (gambar kanan).


Pada pagi Rabu 9 november, program Qurban dan Aqiqah anjuran PIBG Sekolah Islam Hidayah dengan kerjasama IKRAM Johor telah diadakan melibatkan lapan ekor lembu dan dua ekor kambing. Sekitar 300 orang terutamanya penduduk kampung sekitar Sekolah Islam Hidayah hadir ke program ini di samping membantu dalam urusan menumbangkan lembu, melapah, membungkus daging dan sebagainya. Tazkirah ringkas mengenai fadilat ibadah korban telah disampaikan sebelum jamuan makan.


Tahniah kepada semua aktivis IKRAM Negeri dan Daerah yang melaksanakan ibadah korban, mendekati, memberi peringatan (tazkirah), membantu dan bekerjasama dengan masyarakat setempat di samping menyuburkan aktiviti kebajikan di mana saja IKRAM berada.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia