Penahanan ISA di Sabah: Kenyataan GMI

Tindakan terkutuk ini amat dikesali kerana ianya bercanggah dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia pada 15 September berkenaan dengan pemansuhan ISA. Apakah rasional disebalik penahanan? Adakah Perdana Menteri Malaysia cuba memperdayakan rakyat Malaysia dengan sikap hipokrasi beliau ? PM perlu berasa malu atas penangkapan ini!

Menurut sumber kami, setakat ini tuduhan keatas 11 orang ini masih tidak pasti dan dipercayai kemungkinan mereka dikaitkan dengan keganasan.

Berikut adalah nama-nama yang ditahan dibawah ISA pada 14 dan 15 haribulan November 2011 (Bukan rasmi):

Bil

Senarai Nama

Pekerjaan

1

Mohd Nazri Bin Dollah

Guru Agama SMK Kinabutan

2

Yusof Bin Saripuddin

Peniaga Ayam

3

Muhd Adnan Bin Umar

Guru Pusat Tuisyen MJU

4

Muhd Abduh Bin Umar

Pemandu Lori

5

Adwan

6

Faizal Bin Hamma

Pengedar Akhbar Harian

7

Joni @ Muadz

Pengedar Akhbar Harian

8

Azmi

9

Suriadi

10

Darto Bin Bandu

Guru Pusat Tuisyen MJU

11

Bakar Bin Baba

Guru Smk Umas-Umas

Tangkapan tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga / Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).

Penangkapan tanpa waran, tanpa notis atau dimaklumkan dilakukan di hadapan  isteri dan anak-anak terlalu tragis. Situasi ini dilakukan oleh pihak polis yang lengkap bersenjata dengan cara yang kasar bagai satu rompakan dan dirampas beberapa komputer riba (laptop) dan sejumlah wang tunai.


BN Tidak boleh Hidup Tanpa ISA

Penahanan terbaru ini mengesahkan kesangsian yang terdapat di kalangan rakyat Malaysia berkenaan pemansuhan ini. Kini ianya amat pasti bahawa pengumuman itu hanyalah untuk kepentingan politik Najib dan tidak serius dan jujur dalam memansuhkan akta zalim ini. ISA adalah akta yang zalim dan yang membenarkan penahanan tanpa bicara di mana ianya bercanggah dengan hak asasi manusia.

Kerajaan UMNO/BN memang tidak boleh bertahan tanpa ISA. Kerajaan UMNO/BN ini memerlukan alat politik ini terus berkuasa dan mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia.Tindakan penggunaan ISA sememangya telah memberikan satu tamparan kepada kerajaan BN dalam pilihan raya akana datang kerana masih menipu rakyat dengan masih menggunakan ISA secara rahsia.


Mansuhkan ISA Sekarang

Kami juga ingin mengingatkan Perdana Menteri bahawa sejak beberapa dekad yang lalu, beribu-ribu orang telah ditahan tanpa bicara di bawah ISA bukan untuk apa yang mereka lakukan atau berkata tetapi berdasarkan tuduhan tanpa bukti  dan sering palsu daripada pihak ketiga. Orang yang telah ditahan bukan untuk jenayah yang mereka lakukan atau dibuktikan di mana-mana mahkamah dan beribu-ribu dibiarkan merana di dalam sel-sel tahanan rahsia di seluruh negara.

Oleh itu, SUARAM dan GMI menyeru Perdana Menteri untuk  mansuhkan ISA dengan segera dan membebaskan semua tahanan. Kami juga menyeru kerajaan untuk menghentikan menggubal undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan dan untuk menangani isu-isu keganasan dengan undang-undang  yang sedia ada.


Dikeluarkan oleh:

Nalini Elumalai

GMI Secretariat/SUARAM

019 3758912


Syed Ibrahim Syed Noh

Chairman GMI

013 3682067

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia