Tuan Guru Nik Aziz alu-alukan kemunculan IKRAM

“Kita harap IKRAM dapat membantu dan memainkan peranan dalam menghadapi golongan belia dan remaja di Kelantan dengan mendidik mereka agar memahami Islam dengan sebaiknya.”

YAB Tuan Guru mencadangkan IKRAM memainkan peranan melalui Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau membuat saranan-saranan tersebut ketika menerima kunjungan Presiden IKRAM , Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad bersama sembilan ahli rombongan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) dan Ahli Jawatankuasa Negeri (JKN) IKRAM di pejabat Menteri Besar di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, pada petang 10 November lalu.

Kunjungan tersebut adalah buat julung-julung kali diadakan sejak IKRAM dilancarkan pada 20 Jun 2010 dan ia bertujuan untuk memperkenalkan IKRAM kepada kerajaan negeri ‘Serambi Makkah’ itu.

“Kunjungan ini adalah kunjungan muhibah dan ukhuwah antara ahli-ahli IKRAM dan rakyat Kelantan dalam usaha untuk mencapai perkongsian matlamat dakwah dan penegakan syariat Islam,” terang Dr Parid ketika ditemui koresponden Portal IKRAM.

“Dalam pertemuan yang mengambil masa lebih satu jam tersebut, kami memperkenalkan IKRAM kepada Tuan Guru Nik Aziz selaku ketua kerajaan negeri Kelantan,” kata Dr Parid lagi.

IKRAM adalah NGO (badan bukan kerajaan) yang merupakan sebuah gerakan tarbiah, dakwah dan kebajikan dalam masyarakat yang keahliannya terbuka kepada semua warga Malaysia beragama Islam. Wawasan IKRAM ialah membangunkan sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang tahun 2020.

“Kita mengharapkan dengan tunjuk ajar dan nasihat daripada Tuan Guru, ahli-ahli rombongan akan lebih bersemangat untuk menjalin kerjasama yang sangat penting antara kerajaan negeri dan IKRAM pada peringkat nasional dan negeri Kelantan,” ujar Presiden IKRAM itu lagi.

Menyertai rombongan tersebut ialah tiga orang ahli JKP IKRAM iaitu Naib Presiden Ustaz Wan Subki Salleh, Profesor Dr Ahmad Tarmizi Ramli dan Puan Hajah Kamaliah Nordin. IKRAM Kelantan pula diwakili Yang Dipertuanya, Ustaz Abdullah Fahmi Abd Latef serta empat orang ahli JKN.

IKRAM-TG Nik Aziz

YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz bin Nik Mat menerima cenderamata daripada Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

IKRAM-TG Nik Aziz

Anggota rombongan IKRAM bergambar bersama YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di pejabat Menteri Besar Kelantan.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia