Tarbiah, Iltizam Politik Kunci Perubahan Negara – Presiden IKRAM

Tarbiah, Iltizam Politik Kunci Perubahan Negara - Presiden IKRAM

BANDAR BARU BANGI – Perubahan positif dari aspek tadbir urus dan integriti di negara ini hanya boleh dilakukan melalui tarbiah (pendidikan) masyarakat dan iltizam politik yang tinggi.

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin berkata, pelbagai slogan kerajaan diuar-uarkan, namun nilai, etika, akhlak, moral yang ditekankan dalam slogan tersebut tidak membumi, dibudayakan dan dihayati yang merubah sudut pandang masyarakat.

“Ia bertepatan dengan saranan al-Quran Surah ar-Ra’d ayat ke-13, sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri; nilainya, etikanya, moralnya, akhlaknya, ketakwaannya kepada Allah SWT. Itulah yang akan merubah seseorang itu,” jelas beliau.

Tambah beliau, untuk menjadikannya suatu yang sebati dengan jiwa kita, ia memerlukan kepada tarbiah, latihan serta iltizam politik.

“Ia perlu pendidikan, latihan dan sebagainya, serta di peringkat atasan, mesti ada ‘political will’ (iltizam politik) daripada kepimpinan negara untuk merubah keadaan,” tegasnya.

Beliau menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa Jemaah Menteri akan berbincang dengan serius mengenai laporan Ketua Audit Negara, yang saban tahun terdapat pelbagai isu tadbir urus dan integriti.

“Kita harap ia dapat dilakukan, tanganinya dengan serius and laksanakan perubahan, supaya negara kita ini boleh berubah ke arah yang lebih baik,” ujar beliau.

Badlishah Sham berkata demikian dalam forum bertajuk ‘Tadbir Urus Berintegriti’ sempena Konvensyen Tadbir Urus Berintegriti pada Khamis, di Bangi Golf Resort anjuran Persatuan Profesional Kewangan Muslim Malaysia (MFP) dengan kerjasama IKRAM, Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (SPE UPM).

Katanya, manhaj (kaedah) tarbiah dalam IKRAM bermula dengan pengislahan individu, seterusnya pertanggungjawabannya kepada Allah SWT, keluarga, masyarakat dan negara.

“Ia holistik (menyeluruh). Jadi, itu yang kita tekankan dalam IKRAM; individu, keluarga, masyarakat dan negara. Kita merangkumi semua aspek itu untuk melahirkan modal insan yang rabbani,” jelasnya lagi.

Menurutnya, rabbani bukan sahaja berkaitan ibadah khusus, tetapi ia juga bermaksud mengislahkan orang lain (soleh wa musleh).

“Dia bukan saja soleh diri dia tapi dia musleh, iaitu mengislahkan, dakwah dan perbaiki masyarakat, bina institusi, sekolah dan lain-lain lain. Perkara ini bukannya mudah, ia mengambil masa bertahun-tahun, mungkin generasi demi generasi,” katanya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia