Lakukan Perubahan, Suburkan Potensi – Presiden IKRAM

SERI KEMBANGAN – Perjuangan untuk melakukan perubahan itu menuntut pengorbanan, menurut Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad ketika sesi Amanat Presiden sempena Tahun Baru semalam.

“Perjuangan menuntut pengorbanan. Jika kita tidak mahu memiliki jiwa tersebut, kita tidak akan berpindah kepada era baru yang ditunggu oleh ummah. Harapan mereka pada kita. Lakukanlah perubahan ini,” tegas beliau.

Beliau berkata di hadapan kakitangan Ibu Pejabat IKRAM dan institusi-institusinya, masalah yang wujud dalam umat Islam masa kini ialah perbuatan umat Islam itu tidak seperti yang diucapkannya.

“Iman adalah at-tasdiiq bil qalb (membenarkan dalam hati), al-qaul bil lisaan (diucapkan dengan lisan), dan al-‘amal bil arkan wal jawarih (beramal dengan anggota tubuh),” ujar Dr Parid.

Beliau berkata, seolah-olahnya umat Islam berada pada satu keadaan, sebagaimana yang didakwanya, ‘kami adalah orang Muslim’ tetapi jika dilihat pada amalnya, tidak menampakkan sebagai seorang Islam.

“Masalah kini adalah, kita mendakwa Islam tetapi Islam itu tidak wujud dalam realiti kehidupan kita. Jadi amat mustahak, umat Islam merubah keadaan ini.”

Dalam amanat yang disampaikan beliau berkata, apabila masuk tahun baru, kita hidup di zaman baru, tujuannya supaya berlaku perpindahan daripda sudut kualiti kepada satu era baru.

“Yang mana Islam itu dapat kita pamerkan dalam kehidupan seharian. Dan akan menyebarkan dakwah itu menerusi pengamalan (dakwah bil qudwah).”

Justeru, beliau menyarankan yang hadir supaya melihat semua faktor-faktor yang boleh mengatasi kemungkinan-kemungkinan halangan yang timbul, sehingga meraih kemenangan.

“Kita sewajarnya memanfaatkan peluang  dan kita semua perlu menggunakan peluang yang ada ini untuk mewujudkan perubahan di tanah air kita ini dan itulah yang kita harapkan,” tambah Dr Parid.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau bertanyakan, apakah tujuan daripada kehadiran Islam itu?

“Ia adalah supaya kita boleh membina sejarah baru, negara baru, realiti baru.”

Selain itu beliau menegaskan, sebenarnya yang dikehendaki ialah memajukan Islam.

“Sebagai contoh, Islam itu sebagai cara hidup dapat dilihat, yang bergerak, menyelesaikan masalah, bukan Islam dalam bentuk dakwaan semata-mata.”

Menurut beliau lagi, apabila kita sebut zaman baru, tahun baru, sepatutnya kita perlu masuk ke era baru dan perlulah membawa semangat baru serta jangan duduk di tahap lama yang tidak berubah.

“Sebagaimana IKRAM yang asalnya ditubuhkan sebagai organisasi massa, pertubuhan NGO. Jadi, perjuangan kita hendaklah masuk ke era pembangunan negara.”

Dr Parid menyarankan agar ahli IKRAM berfikir bagaimana ingin  membentuk sebuah negara.

“Insya-Allah, IKRAM boleh menjadi peneraju perjuangan. Penglibatan kita dalam IKRAM adalah perkhidmatan kita kepada perjuangan ummah.”

Beliau menjelaskan bahawa setiap manusia punya potensi yang perlu disuburkan menerusi pemilikan sikap.

“Iaitu sentiasa belajar, rajin membaca, rajin berbincang, yang mana akhirnya kualiti diri akan meningkat daripada manusia biasa kepada manusia yang memiliki kualiti peribadi yang ilmuan, seorang pakar, seorang pemikir, seorang perancang, seorang pemimpin dan sebagainya.”

Usai Amanat Presiden, Dr Parid menyempurnakan pelancaran Visi, Misi dan Nilai Bersama Ibu Pejabat IKRAM. Turut menyaksikan Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia