Rasuah & PRU15: Parti Politik, Berhati-hati Pilih Calon

Rasuah & PRU15: Parti Politik, Berhati-hati Pilih Calon | IKRAM

Hari ini telah berlangsung satu persidangan oleh 29 NGO pelbagai agama, mengumumkan satu deklarasi yang akan diutuskan kepada semua ketua parti politik yang bertanding dalam PRU15. 

Dalam kelapan-lapan deklarasi ini, saya tertarik dengan deklarasi kelapan. Walaupun deklarasi kelapan adalah deklarasi terakhir, namun bagi saya ia adalah antara deklarasi yang sangat penting menjelang penamaan calon PRU15

Namun, ini tidak bermakna deklarasi yang lain tidak penting. Kesemua deklarasi ini penting dan perlu diberi perhatian oleh parti politik.

Apakah deklarasi kelapan itu?

“Kami mengingatkan semua parti  supaya berhati-hati memilih calon yang bakal bertanding serta memastikan agar hanya calon-calon yang berintegriti dan kompeten sahaja diketengahkan dalam pilihan raya akan datang. Pengundi perlulah menunaikan tanggungjawab menolak calon yang terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa dan yang mempamerkan kekayaan yang luar biasa.”

Parti politik perlulah mengemukakan calon yang berkemampuan, jujur dan amanah. Dengan kata lain, calon mestilah yang bersih dan berintegriti. 

Calon pemimpin yang sebegini sangat penting kerana mereka inilah yang akan melaksanakan dan menguruskan pasukan mereka yang terdiri daripada pelbagai kementerian. 

Segala projek untuk pembangunan negara dan rakyat dengan melibatkan dana jutaan malahan ribuan juta ringgit akan diuruskan oleh mereka ini. 

Tanpa sifat jujur dan amanah, dana daripada projek ini akan mudah diselewengkan untuk kepentingan diri dan juga kroni-kroni mereka. Inilah yang telah berlaku dalam negara kita sehingga rasuah kini seperti menjadi budaya.

“Jika dahulu 80an, rasuah di bawah meja, masyarakat masih ada sifat malu jika melakukan rasuah. Tahun 90an, rasuah di atas meja. Kini rasuah bukan lagi bawah atau atas meja, akan tetapi ‘including the table‘. Sudah menjadi suatu perkara yang biasa, lagi tinggi jawatan lagi tinggi jumlah rasuah,” ujar Ir Hj Mohd Jamaludin Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN yang juga pengerusi Deklarasi tersebut.

Kita sekarang sedang menghadapi fasa yang sangat kritikal kerana rasuah telah membarah dan memamah negara ini, sehingga Malaysia kini berada dalam kategori antara negara yang mempunyai rasuah yang tertinggi di dunia. 

Daripada 180 buah negara yang dilakukan penilaian oleh Transparency International (TI), Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia jatuh daripada kedudukan ke-57, mencatat skor 52 pada tahun 2020, kepada kedudukan ke-62 mencatat skor 48, pada tahun 2021.

Kedudukan ini menjadikan Malaysia dikelompokkan dalam kumpulan dua pertiga negara yang mencapai skor di bawah 50.

Manakala berasaskan Laporan Integriti Kewangan Global (Global Financial Integrity Report) 2017, Malaysia rugi RM1.8 trilion antara 2005 dan 2014 akibat pengaliran duit haram yang sebahagiannya berpunca daripada kegiatan rasuah

Selagi parti politik tidak memberikan perhatian terhadap calon yang bersih, berintegriti dan benar-benar berkemampuan, rakyat tidak dapat membuat pilihan yang terbaik. Perlu muncul sebuah parti yang ikhlas, jujur dalam perjuangan mereka untuk mengambil tampuk pemerintahan negara. 

Mereka mesti memerintah untuk melaksanakan amanah bagi memperjuangkan nasib rakyat. Usahlah pemimpin yang bertanding kerana melihat habuan projek-projek untuk mengayakan diri mereka dan anak cucu mereka juga sanak saudara mereka.

Harta negara perlu diuruskan untuk pembangunan negara untuk kesenangan hidup rakyat. Mengapakah negara ini perlu ditadbir? Kerana negara ini mempunyai rakyat.

Kenapa negara ini perlu maju? Kerana kemajuan tersebut akan dinikmati oleh rakyat untuk berkembang dan menjadi sebuah negara yang makmur. Ada pemimpin kerana adanya rakyat. 

Negara ini untuk rakyat. Maka pemimpin yang perlu dipilih adalah pemimpin yang ikhlas untuk membangunkan rakyat dan membela nasib rakyat. Oleh itu, parti yang meletakkan calon yang tidak amanah, tidak jujur, tidak berkemampuan perlu ditolak!

Siti Hamisah Manan
Ketua Jabatan Penyiaran dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia