Turut hadir dalam perasmian Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, Pengerusi Hidayah Centre Foundation (HCF), Hj Muhammad Nicholas Sylvester dan Ketua Wanita IKRAM yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah HCF, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.
Persidangan anjuran Hidayah Centre Foundation (HCF) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengumpulkan penggerak-penggerak dakwah dari negara-negara ASEAN dan Sri Lanka serta wakil daripada NGO dan agensi kerajaan dari Malaysia.
Kira-kira 100 orang penggerak dakwah akan bersidang hingga Rabu ini untuk berkongsi pengalaman dan aktiviti dakwah di rantau ini.
Semoga persidangan membuka lembaran baru dalam satu usaha melebarkan dakwah kepada golongan belum Islam ke peringkat serantau Asia Tenggara dan juga Sri Lanka, insya-Allah.