Platform alternatif PdPR untuk guru

Tidak ada satu pun yang tak bagus, tidak ada satu pun yang salah. Sebab saya yakin, kita sebagai guru, kita sendiri tahu situasi anak murid dan kita tahu macam mana nak uruskan mereka.

 

Dekat sini, saya nak bagi satu lagi alternatif sesi PdPR secara dalam talian. Ini bukan yang terbaik, tetapi sebagai satu lagi pilihan kepada pilihan yang sedia ada.

 

Live di Facebook atau YouTube guna Streamyard

 

Apa kelebihan Streamyard?

 

1. Kita tidak perlu rekod dan upload (muat naik) sebab video yang kita pancarkan ke YouTube atau Facebook sudah dirakam secara automatik. Paling best, video itu akan terus kekal di medium tersebut selagi mana kita tidak memadamnya.

 

2. Anak-anak yang tidak cukup gajet, terpaksa berkongsi gajet dan sebagainya, boleh memilih masa mereka sendiri untuk belajar kerana video yang dipancarkan di dua medium itu tidak hilang. Kalau petang abang belajar guna telefon, malam adik pula guna. Tonton di mana? Sama ada Facebook cikgu atau Channel YouTube.

 

3. Penggunaan data yang rendah. Yalah, datanya sama macam kita tonton YouTube dan Facebook. Sekarang siap ada pakej tonton YouTube Unlimited lagi.

 

4. Kalau cikgu ada tiga kelas untuk subjek dan aras yang sama, cikgu-cikgu boleh buat satu video live (siaran langsung) saja untuk kelas pertama. Kelas kedua dan ketiga, cikgu hanya kongsi link (video kelas pertama).

 

5. Hubungan dua hala. Walaupun pelajar tidak boleh bercakap tetapi mereka boleh bertanya pada ruangan komen.

 

Cikgu-cikgu, sekali lagi saya maklumkan, ini bukanlah cara yang terbaik. Bagi cikgu, mungkin cara A yang terbaik, ada juga yang kata cara B terbaik. Cuma di sini saya nak bagi satu lagi alternatif, kalau-kalau ada yang nak cuba.

 

Pengendaliannya juga mudah dan percuma. Mula-mula memang susah. Lepas guna dua tiga kali, insya-Allah kita akan mahir. Ada rakan yang belajar (Streamyard) petang, malam dia dah buat live, mudah sangat.

 

Saya kongsikan di sini tutorial untuk belajar Streamyard dari A hingga Z, lengkap insya-Allah. Cuba-cubalah tonton.

 

Insya-Allah dalam tempoh 20 minit, cikgu-cikgu akan nampak idea bagaimana nak live di YouTube atau Facebook menggunakan Streamyard. Tonton di sini: https://youtu.be/tF7dJo3Sz4I

 

Terima kasih rakan-rakan yang sudi untuk mencuba Streamyard. Ya benar, live menggunakan Streamyard dan disiarkan di Facebook atau YouTube percuma sahaja, tidak ada had penonton.

 

Ada yang mesej, bagaimana cara untuk nak dapatkan link live kemudian disebarkan pula kepada pelajar melalui grup WhatsApp ataupun Telegram?

 

Nah, saya tunjukkan cara bagaimana untuk jadualkan live kita agar pelajar rasa teruja. Semoga bermanfaat. Tonton di sini: https://youtu.be/3vLIlDMuz6A 

 

Cikgu Abdul Muiez Mohammad Ruslee, seorang guru bimbingan dan kaunseling di SMK Sungai Besar, penulis dan influencer.

Kredit foto: streamyard.com

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia