Piala Dunia Qatar 2022: Maghribi Melakar Sejarah

Piala Dunia Qatar 2022: Maghribi Melakar Sejarah | IKRAM

Hanya dengan dua kemenangan lagi pasukan Maghribi cuba untuk merangkul Piala Dunia Qatar 2022. Pasukan tersebut belum dapat dikalahkan dan hanya dibolosi dengan hanya satu gol sendiri di peringkat kumpulan.

Maghribi menjadi pasukan dari negara Afrika dan Arab, bahkan negara Muslim yang pertama layak ke peringkat separuh akhir Piala Dunia sejak 92 tahun.

Maghribi telah melakar sejarah Piala Dunia apabila berjaya menumpaskan gergasi-gergasi bola sepak seperti Belgium di peringkat kumpulan, Sepanyol di peringkat kalah mati dan Portugal di suku akhir.

Pasukan yang digelar Singa Atlas ini bakal berdepan dengan satu lagi kuasa besar bola sepak dan penyandang Piala Dunia 2018, Perancis di peringkat separuh akhir pada Rabu.

Jika mereka berjaya mengatasi Perancis, pasukan kendalian Walid Regragui bakal berdepan dengan Argentina, juara Piala Dunia 1986 pada Ahad ini di peringkat akhir.

Tidak ramai yang percaya bahawa pasukan yang menduduki ranking ke-22 dunia FIFA ini mampu sampai ke tahap ini, tetapi kini keyakinan tersebut semakin melonjak bagi pasukan itu dan dalam kalangan penyokong di Qatar, Maghribi dan seluruh dunia.

Mampukah Maghribi meneruskan kejayaan mereka menentang Perancis?

Sudah pasti mereka akan menggunakan taktik yang sama dalam kejohanan ini, menyekat serangan demi serangan pasukan Perancis, termasuk penyerang Kylian Mbappe di samping mengadakan serangan balas. Pertahanan Maghribi bakal diuji.

Mbappe, yang mendahului lima gol dalam kejohanan ini dilihat mampu merobek pertahanan Maghribi dengan bantuan Olivier Giroud and Antoine Griezmann yang beraksi dengan baik di Qatar.

Al Jazeera melaporkan bahawa jurulatih Regragui berkata bahawa para pemainnya tidak sepatutnya terinspirasi untuk mara ke peringkat akhir, bahkan untuk memenanginya.

“Dalam sidang media tiga atau empat perlawanan lalu, saya ditanya jika kami boleh memenangi Piala Dunia, dan saya jawab,’Mengapa tidak?’ Kami boleh bermimpi. Mengapa kami tidak boleh mengimpikannya? Jika kamu tidak bermimpi, kamu tidak pergi ke mana,” katanya selepas kemenangan Maghribi ke atas Portugal.

“Ia tidak memerlukan kos untuk mempunyai impian. Negara Eropah sudah biasa memenangi Piala Dunia,” tambah beliau.

Atas kertas, sudah pasti Perancis yang berada di ranking keempat bola sepak dunia mampu memenangi perlawanan ini. Namun, dengan prestasi semasa Maghribi, tiada yang mustahil Perancis boleh ditumbangkan sebagaimana Sepanyol dan Portugal.

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia