Perkampungan al-Quran: Anak Muda Hidupkan Ramadan

Perkampungan al-Quran: Anak Muda Hidupkan Ramadan | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Program Perkampungan al-Quran anjuran bersama  IKRAM Muda Selangor dan Asatizah IKRAM Selangor telah berlangsung pada Sabtu, 8 April lalu di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Program yang yang bermula dari 1.00 tengah hari hingga 10.00 malam dihadiri para belia dan anak-anak muda berserta keluarga mereka, yang turut disertai pelajar-pelajar Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. 

Sambil beriktikaf, program tersebut diisi dengan perkongsian tadabbur Surah al-Israa’ bertajuk ‘Terluka dan Sembuh’ oleh Ustaz Khubaib Asmadi, yang mengupas mengenai latar belakang surah dan empat ‘ubat’ yang diberikan surah tersebut bagi menyembuhkan ‘luka.’

Kemudian, program Perkampungan al-Quran diserikan dengan forum ‘Ibu Bapa Muda Menghadapi Ramadan’ bersama ahli panel Ustazah Khadijah Husni dan Ustaz Faris Murtadha, serta moderator Ustaz Mirzan Majid.

Dalam forum itu, ahli panel masing-masing menekankan kepentingan penjagaan aspek mental, fizikal dan spiritual anak-anak, serta pecahan perbelanjaan hari raya seorang suami dan kepentingan menabung dari awal. 

Program ditutup dengan Majlis Khatam al-Quran yang dimulakan dengan perkongsian oleh Pengerusi Asatizah IKRAM Selangor, Ustaz Amir Izzuddin dan dipimpin oleh Dr Ahmad Harith Zabidi Azhar, sebelum diteruskan dengan iftar beramai-ramai dan qiyamullail bersama.

Semoga program ini menatijahkan impak yang baik bagi menghidupkan ajaran al-Quran dalam diri anak muda, ibu bapa dan anak-anak bagi menjana ketakwaan, sempena bulan Ramadan.

Orang ramai dijemput untuk mengenali IKRAM Muda Selangor atau terlibat sama sebagai sukarelawan projek MySaveFood melalui pautan link berikut: https://linktr.ee/IMSelangor.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia