Lailatulqadar: Tanda & Cara Hidupkan Malam Istimewa

Setiap kita yang beragama Islam pasti mendamba dipertemukan dengan Malam al-Qadar. Ketika tibanya Ramadan, kita menjalani ibadah puasa, bersedekah, melaksanakan sunat tarawih, witir dan ibadah-ibadah lain. Hinggalah tiba pada sepuluh malam terakhir, seharusnya kita berlumba-lumba mempertingkatkan ibadah. Sebagaimana diketahui, antara keutamaan bulan Ramadan adalah dengan adanya lailatulqadar. Maka, bergembiralah kita kerana masih berada pada bulan […]
Akhir Ramadan: Menyantuni Tetamu Yang Akan Pergi

Ramadan merupakan makhluk istimewa diciptakan Allah SWT berupa ruang dan peluang bagi orang-orang yang beriman memperbaiki diri. Mereka yang kuat keazamannya akan merasakan Ramadan datang dan akan berlalu dengan kadar yang segera sekali. Berbeza dengan orang yang tidak bersungguh-sungguh untuk memaknai Ramadan, akan merasakan Ramadan sebagai beban yang mengambil masa yang lama untuk berlalu pergi. […]
Bulan Ramadan dan Pembaziran Makanan Berpisah Tiada

Kesulitan hidup yang pernah dilalui tentunya sedikit sebanyak membuatkan seseorang lebih memahami dan bersikap empati terhadap kesukaran hidup orang lain. Berpuasa dapat membuatkan pengamalnya menyelami lapar dan dahaga yang dirasai oleh perut-perut orang yang mengalami kesempitan hidup. Melalui amalan berpuasa, rohani seseorang terdidik untuk sentiasa bersyukur dengan anugerah kenikmatan hidup dan menghargai nikmat yang diberi […]
Sempitnya Hidup Tanpa al-Quran

Saban tahun umat Islam menyambut hari Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan, mengingati peristiwa agung turunnya kitab yang mulia itu ke dunia. Sebenarnya, al-Quran bukanlah kitab untuk diingati penurunannya semata-mata, bahkan ia manual lengkap yang memandu manusia ke arah jalan kebenaran dan petunjuk Allah SWT. “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya […]
Awas 10 Pencuri Puasa dan Ramadan!

Apabila disebut pencuri, pasti kita terbayang sifat jahat perbuatan itu dan membencinya. Walaupun biasanya mencuri harta, namun pencuri ini banyak kategorinya, termasuklah pencuri dalam ibadah. Daripada Abu Qatadah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Seburuk-buruk manusia adalah yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana seseorang mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab: “Dia tidak menyempurnakan rukuk […]
Masjid Kita Kurang Mesra Kanak-kanak?

Bayangkan imam masjid mengetuai solat sambil mendukung anak. Bayangkan pula apabila imam berhenti sejenak sambil seluruh jemaah menunggu anak kecil turun dari menunggang imam di belakang. Kemudian, bayangkan tindakan imam mempercepatkan bacaan solat kerana terdengar teriakan anak menangis supaya si ibu dapat segera mententeramkannya. Demikian teladan yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW ketika memimpin solat semasa […]