Pengalaman memberi makan di jalanan

Berlangsung pada 12 Januari 2020 lalu, program khidmat masyarakat ini merupakan hasil kerjasama antara IKRAM Wangsa Maju, pihak PIBG SMUAAUK dan Dapur Jalanan Kuala Lumpur.

 

Antara objektif program adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar memasak dan menyediakan makanan bersama-sama untuk warga miskin bandar.

 

“Warga miskin bandar ini mempunyai pelbagai latar belakang antaranya ada yang tidak mempunyai kerja tetap, pendapatan yang agak rendah, tidak mempunyai tempat tinggal yang sesuai dan sebagainya,” kata koordinator program, Pn Nahdia Ariffin.

 

Tambahnya, program ini juga bertujuan menggalakkan golongan anak muda untuk cenderung menyertai aktiviti kesukarelawanan serta melihat sendiri keadaan golongan yang susah dan miskin di samping menerapkan sifat syukur atas nikmat yang sedia ada.

 

“Aktiviti ini juga dapat dijadikan medium melihat dan menganalisis masalah masyarakat sekeliling disamping memberi peluang mencari jalan penyelesaian ke peringkat yang lebih besar,’ jelasnya.

 

Dijalankan setiap minggu, projek Dapur Jalanan pada kali ini menyediakan hampir 200 hidangan mi kari dan Nescafe ais. Setelah selesai memasak di Jalan Bangsar Utama, para sukarelawan kemudian bergerak membawa makanan menggunakan van ke Jalan Panggung, Kuala Lumpur untuk mengedarkan makanan.

 

“Makanan dihidangkan dalam mangkuk dan tidak dibungkus siap-siap bagi mengekalkan kesegaran dan kesedapan hidangan,” tambahnya.

 

Menurutnya, sukarelawan dibahagikan kepada beberapa tugasan iaitu penyediaan dan pengedaran makanan, minuman, cucian pinggan mangkuk dan pengendalian sisa makanan.

 

“Sebelum pulang, mereka memastikan kawasan sekitar bersih dan dalam keadaan sedia kala.”

 

Pengarah program, Dr Mohamad Faizal Zulkhifli turut melahirkan rasa kagum dan teruja dengan usaha Dapur Jalanan Kuala Lumpur yang prihatin dan berterusan melakukan usaha ini sejak tahun 2013 hingga sekarang.

 

“Moga lahir lebih ramai lagi golongan anak muda yang dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran ke arah kebaikan,” ujarnya.

 

Semoga usaha kerdil ini menjadi sebahagian dari usaha melahirkan generasi soleh yang sentiasa prihatin terhadap keperluan, kesusahan masyarakat dan sekeliling serta menjadi agen perubahan kepada komuniti masayarakat, agama dan negara ke arah yang lebih baik.

 

Lagi foto program: fb.com/ikramwangsamaju/posts/2471520606446296

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia