yaIKRAM Lancar Projek PERKASA Pendidikan

yayasanikram

AMPANG – Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM) telah melancarkan Projek PERKASA Pendidikan, iaitu sebuah program intervensi pendidikan komuniti secara menyeluruh bagi merapatkan jurang keciciran pembelajaran dalam kalangan anak-anak B40.

Projek ini merangkumi bimbingan literasi asas (membaca, menulis, mengira), pembangunan diri dan keyakinan, pemakanan dan kesihatan, serta memupuk persekitaran dan kemahiran keibubapaan yang menyokong pembelajaran.

Pelancaran projek ini bermula di sekitar Pangsapuri Desa Lembah Permai di sini, dengan sasaran seramai 30-40 orang kanak-kanak (usia 9-12 tahun) daripada keluarga B40, yang turut melibatkan penyertaan aktif ibu bapa, penjaga, dan komuniti setempat.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Dipertua IKRAM Kawasan Lembah Jaya, Syed Umar Syed Zakaria, seiring dengan saringan awal projek ini pada Ahad, 19 Julai lalu.

Dalam majlis itu juga, taklimat ibu bapa disampaikan oleh Ketua Projek, Hj. Ainullotfi Abdul Latif, diikuti dengan sesi saringan membaca, menulis, mengira serta saringan kesihatan asas (BMI) peserta. 

Dalam projek ini, pembelajaran akan dijalankan secara bersemuka dalam kumpulan kecil dengan aktiviti interaktif yang menyeronokkan dan mesra kanak-kanak. 

Melalui Projek PERKASA Pendidikan, yaIKRAM berhasrat untuk menyediakan ruang belajar yang lebih kondusif, menyalurkan perhatian yang berterusan, serta membina asas pendidikan dan kesihatan yang kukuh bagi memastikan kelangsungan masa depan mereka.

Bagi menampung kos operasi, bahan belajar dan keperluan anak-anak untuk projek-projek yaIKRAM akan datang, sumbangan dana dan sokongan boleh disalurkan ke:

Akaun: Yayasan Ikram Malaysia

Bank: 562142404402 Maybank

Rujukan: Pendidikan

atau klik pautan https://app.herepay.org/yayasanikrammalaysia/Pendidikan.

Selepas 10 bulan perjalanan projek ini nanti, mereka diharapkan bukan sahaja lebih lancar membaca, menulis dan mengira, malah tampil lebih yakin, mempunyai motivasi belajar yang tinggi, serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

Semoga kejayaan projek pendidikan ini dapat melahirkan generasi yang cemerlang dan mampu menyumbang kembali kepada komuniti kelak.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia