Bina Semula Gaza: Lebih RM7.3 Juta Bantuan Diagihkan

bina gaza

SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah mengagihkan lebih RM7.3 juta bantuan kemanusiaan di Gaza, dari Januari hingga Jun 2026.

Menurut Pengurus Kanan Projek MyCARE, Hj. Kamarul Halim Sakrani, badan kemanusiaan itu telah mengagihkan bantuan di Gaza kepada tujuh sektor utama:

  1. Makanan dan Nutrisi (RM2.29 juta) Makanan panas, kotak makanan, bakul sayuran, tepung, voucher makanan serta susu dan makanan bayi.
  2. Pendidikan dan Sokongan Psikososial (RM2.06 juta) – Tajaan akademik, pelajar tahfiz, pelajar kurang upaya (buta/autisme), yuran universiti, beg sekolah, speech therapy dan sokongan emosi buat anak-anak yang trauma.
  3. Kesihatan dan Perubatan (RM0.93 juta)Pemasangan kaki palsu, pembedahan tertangguh, klinik bergerak, cermin mata, kerusi roda dan bekalan ubat-ubatan.
  4. Tempat Perlindungan (RM0.68 juta) Penggantian khemah rosak, alas tarpaulin, tilam, selimut, perkakasan dapur serta baik pulih jalan.
  5. Air dan Sanitasi (RM0.66 juta)Bekalan air bersih (trak air), baik pulih dan pembinaan telaga baharu serta penyelenggaraan sistem sanitasi/kumbahan.
  6. Sara Hidup Mampan (RM0.46 juta)Modal perniagaan perkhidmatan, pertanian, penternakan serta kursus kemahiran vokasional dan digital.
  7. Keperluan Asas dan Penjagaan Diri  (RM0.28 juta) Kit kebersihan, pakaian wanita dan kanak-kanak, kasut, baju sejuk dan bahan bakar.

 

Tambah beliau, ramai yang terfikir keadaan di Gaza telah kembali pulih seperti sediakala. Namun, setelah memasuki enam bulan gencatan senjata, warga Palestin masih terus diserang oleh rejim Zionis.

“Gaza masih berdarah, Gaza masih parah. Walaupun gencatan senjata telah berlaku, sebenarnya hanya 30% sahaja trak bantuan yang dapat masuk,” ujarnya.

MyCARE, jelasnya, akan meneruskan bantuan bagi ketujuh-tujuh sektor tersebut bagi bulan Ogos hingga akhir tahun ni, dengan tambahan dalam sektor keperluan asas dan penjagaan diri. 

“Mereka masih memerlukan kita, perjalanan masih panjang, ini hanya permulaan. Jangan lupakan mereka.”

Sesiapa yang prihatin dan ingin menyumbang untuk pembangunan semula Gaza, sila klik pautan berikut:

https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

Sumber: FB MyCARE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia