Palestin: Perangi Naratif Palsu, Teruskan Tekan Israel

Palestin: Perangi Naratif Palsu, Teruskan Tekan Israel | IKRAM

PETALING JAYA – Pertempuran di Gaza masih berterusan dengan serangan yang dahsyat daripada rejim zionis selepas berakhirnya gencatan senjata selama tujuh hari.

Isu di Palestin bukan sekadar isu serantau, tetapi telah mencetuskan kebimbangan di peringkat global sebagai seruan untuk seluruh masyarakat dunia bergabung bersama demi keadilan dan penegakan hak asasi manusia. 

Berikutan itu, suatu sesi perkongsian yang membawakan tajuk “ Bolehkah Undang-Undang Antarabangsa Membantu Rakyat Palestin Mendapatkan Hak Mereka?” telah diadakan pada Ahad lalu di Gerakbudaya, Petaling Jaya dan juga dalam talian.

“Apa yang berlaku di Palestin adalah ujian prinsip bagi seluruh masyarakat dunia,” ujar Timbalan Presiden IKRAM, Jusni Yusoff dalam ucapan pembukaan. 

“Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita tidak boleh membiarkan keganasan terus berlaku sedangkan ia telah memberikan implikasi yang teruk pada masa sekarang dan juga pada masa akan datang.”

Menurutnya lagi, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa, tetapi dunia masih memerhati tanpa daya dan mengulangi mengatakan bahawa ini tidak wajar berlaku, namun tindakan tersebut tidak berjaya menghentikan keganasan Israel. 

Program ini menampilkan perkongsian daripada Prof. Saul J Takahashi dari Universiti Osaka Jogakuin, Jepun. Beliau juga adalah mantan Timbalan Ketua Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia di Palestin (2009-2014). 

“Penting untuk kita merujuk kepada asas-asas yang mencetuskan ketidakadilan yang berlaku pada rakyat Palestin sejak dari dulu sehingga kini,” jelas Takahashi. Menurut beliau, banyak kebohongan tersebar tentang Palestin demi menyebarkan naratif palsu.

“Masyarakat dunia percaya bahawa orang Islam membenci orang Yahudi dan mempunyai ketakutan yang dahsyat terhadap mereka sehingga membawa kepada tindakan kekerasan terhadap bangsa Yahudi.”

Mengulas lanjut, Takahashi menyatakan, media utama barat bertanggungjawab menyebar luas propaganda palsu ini sehingga ramai yang percaya bahawa peperangan ini adalah konflik agama, yang akan mengakibatkan masyarakat lain tidak peduli atau tidak perlu buat apa-apa terhadap kesengsaraan yang berlaku.

“Konflik ini adalah konflik tradisional ke atas tanah dan kekayaan sumber yang ada padanya,” tambahnya. Menurut beliau, agama memainkan peranan yang kecil atau hampir tidak ada kaitan dengannya.

Beliau mengatakan bahawa dunia sedang mengalami perubahan dari segi perspektif dan kesedaran terhadap apa yang berlaku di Palestin.

“Kita melihat beberapa kerajaan sudah mula bersifat kritikal terhadap Israel.”

Jelasnya, sebahagian kerajaan telah bertindak jauh dengan memanggil balik duta negara mereka di Israel, bahkan ada yang memutuskan hubungan sepenuhnya sepertimana yang dilakukan oleh Bolivia. 

“Walaupun ribuan rakyat yang berhimpunan serata dunia tidak memegang kuasa negara, tetapi himpunan yang begitu ramai ini ditakuti oleh pemerintah.” 

Takahashi menjelaskan, pemerintahan diktator yang dahsyat sekalipun akan bergantung pada sokongan rakyat atau sekurang-kurangnya perlu berasa diterima.

“Jadikan suara anda didengari secara politik dan teruskan pemboikotan kerana ia benar-benar memberikan perubahan.” 

Beliau memberitahu, Israel telah mengetahui bahawa mereka sudah kalah dalam peperangan naratif dan masyarakat dunia harus terus menekan kerajaan mereka agar Israel berasa tertekan dan bertanggungjawab terhadap perlakuan mereka. 

Sesi perkongsian malam tersebut mendapat tontonan ratusan pengunjung dan merupakan anjuran bersama IKRAM, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Hashim Sani Centre for Palestine Studies, Universiti Malaya, dikendalikan Muhammad Mikhail Shamsul Bahar sebagai pengeusi majlis.

Turut hadir sesi tersebut Pengerusi GBM, Stanley Yong Yew Wei dan CEO ACCIN, Ir Mohd Jamaludin Shamsudin.

Tonton video penuh perkongsian Prof. Saul J Takahashi: https://www.youtube.com/watch?v=TnfwJp7nNhU

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia