SERI KEMBANGAN – Kajian Dasar IKRAM Sdn. Bhd. (KADRI) dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia kini membuka permohonan bagi Geran Pembangunan Solusi Teknologi (GPST) 2026, yang bertujuan menyokong pembangunan projek inovasi berimpak sosial dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Geran tersebut mengangkat tema “Membangunkan Solusi Teknologi Berteraskan Nilai Kemanusiaan untuk Kesejahteraan Masyarakat”, sejajar dengan usaha memperkasa penggunaan teknologi bagi menangani cabaran komuniti secara praktikal dan lestari.
Menurut penganjur, GPST diwujudkan bagi menyokong pembangunan model solusi teknologi yang boleh diuji, mempunyai potensi untuk diperluaskan, serta mampu memberikan impak positif kepada masyarakat dalam pelbagai sektor.
Empat bidang utama telah dikenal pasti sebagai fokus geran kali ini, iaitu:
- Teknologi Sosial dan Komuniti
- Makanan, Pertanian dan Ekonomi Setempat
- Air, Sanitasi, Tenaga dan Kelestarian
- AI, Automasi dan Pendigitalan Komuniti
Permohonan terbuka kepada institusi TVET, universiti serta para inovator yang berminat untuk membangunkan penyelesaian teknologi berasaskan keperluan masyarakat. Setiap projek yang berjaya boleh menerima pembiayaan sehingga RM8,000, dengan tempoh pelaksanaan projek selama 20 minggu.

Pihak penganjur berharap geran ini dapat menjadi platform kepada penyelidik, pelajar dan inovator untuk meneroka penyelesaian baharu yang bukan sahaja bersifat inovatif, malah mampu menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih sejahtera dan mampan.
Tarikh tutup permohonan ditetapkan pada Isnin, 15 Jun 2026 jam 5.00 petang.
Maklumat lanjut, borang permohonan dan templat cadangan projek boleh diperoleh melalui pautan berikut:
- Info: https://bit.ly/MaklumatGPST2026
- Borang Permohonan: https://lnkd.in/gk6biX8b
- Templat Proposal: https://lnkd.in/gdduxvcF




