Lantik Kepimpinan Lapan Karakter Bangsa Dalam GLC

Lantik Kepimpinan Lapan Karakter Bangsa Dalam GLC | IKRAM

Pada 14 Disember 2022, Kerajaan Perpaduan memutuskan supaya lantikan politik dalam badan berkanun, syarikat milik Kementerian Kewangan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta.

Pada minggu berikutnya, kerajaan menangguhkan pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra Berhad, salah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.

Keputusan kerajaan ini disambut baik agar kerajaan dapat memilih mereka yang benar-benar kompeten dan berintegriti yang mampu memimpin serta memacu badan berkanun, syarikat Kementerian Kewangan dan GLC supaya lebih berdaya maju.

Kompeten bermaksud mempunyai keupayaan, ilmu dan juga kemahiran untuk melaksanakan tugas kepimpinan dengan jayanya. Integriti pula merujuk kepada sifat kejujuran dan berpegang kepada prinsip-prinsip moral yang utuh.

Oleh itu, lapan karakter bangsa, yang dimuatkan dalam deklarasi bersama IKRAM, WADAH dan Sinar Harian pada 14 November 2022, wajar dijadikan kriteria dan ciri dalam memilih kepimpinan tersebut iaitu berkemampuan, berdaya maju, amanah dan berintegriti, kasih sayang, jujur, berkeadilan, utamakan rakyat dan berprinsip.

Ciri-ciri ini bertepatan dengan saranan al-Quran dan hadis Nabi SAW agar sesuatu urusan itu perlu diserahkan mereka yang ahlinya. Jika tidak, sesuatu urusan itu bakal menemui kegagalan.

Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat (mampu), lagi amanah.” (Al-Qasas: 26)

“Jika amanah telah disia-siakan, tunggu sahaja kehancuran terjadi.” Ada seorang sahabat bertanya, “Bagaimana maksud amanah disia-siakan?” Nabi SAW menjawab, “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” (HR Bukhari) 

Oleh yang demikian, kerajaan disaran agar mewujudkan mekanisme pemilihan yang jelas dan telus untuk melantik kepimpinan dalam badan berkanun, syarikat Kementerian Kewangan dan GLC melalui badan, panel atau lembaga tertentu, sebagai contoh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Parliamentary Select Committee). 

Badan, panel atau lembaga ini hendaklah dianggotai oleh ahli yang berpengalaman luas dan daripada pelbagai latar belakang yang relevan, sama ada daripada sektor awam ataupun sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu, kriteria yang jelas dan spesifik perlu dibangunkan berdasarkan skop, peranan dan tanggungjawab sesuatu tugas kepimpinan.

Kriteria-kriteria pemilihan mestilah menekankan calon kompeten yang mempunyai kelayakan akademik atau pengalaman yang bersesuaian dan kemahiran serta integriti, yang memenuhi lapan karakter bangsa tersebut.

Dengan kata lain, calon yang dipilih mestilah job-fit dan strategy-fit bersesuaian dengan keperluan jawatan yang dicalonkan.

Dengan proses pemilihan atau pelantikan pemimpin yang jelas, diinstitusikan dan telus, calon yang terbaik dapat dipilih berdasarkan mekanisme dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan, sama ada calon tersebut daripada kalangan ahli politik mahupun bukan.

Apa yang penting, calon kepimpinan yang terbaik mestilah dipilih untuk kebaikan negara, khususnya jawatan-jawatan yang mempunyai kepentingan awam dan melibatkan dana awam khususnya dalam badan berkanun, syarikat Kementerian Kewangan dan GLC.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia