Ekonomi Berkembang, Adakah Rakyat Lebih Sejahtera?

Kejayaan ekonomi bukan sekadar ditentukan oleh jumlah kekayaan yang dihasilkan negara. Pertumbuhan perlu turut meningkatkan kemampuan rakyat memenuhi keperluan hidup, memperoleh pekerjaan dengan pendapatan yang munasabah dan merancang masa depan tanpa dibebani tekanan kewangan yang berlebihan. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat, pelaburan berkembang dan produktiviti bertambah ialah petunjuk penting kepada prestasi ekonomi. Namun, angka […]
Malaysia100: Wariskan Hormat, Tinggalkan Prasangka

Bagaimanakah rupa Malaysia pada 2057, ketika negara menyambut 100 tahun kemerdekaan? Pada ketika itu, anak-anak yang sedang membesar hari ini mungkin sudah menjadi ibu bapa, pemimpin, guru, doktor, usahawan dan penjawat awam. Barangkali, mereka juga pembentuk dan penentu dasar negara. Mereka bukan sekadar mewarisi negara yang dibina oleh generasi terdahulu, tetapi akan hidup dengan kesan […]
RUU Pendanaan Politik: Reformasi Tidak Boleh Ditangguh

Perkembangan mutakhir ini menunjukkan usaha menggubal rang undang-undang (RUU) Pendanaan Politik sedang bergerak ke peringkat seterusnya, dengan syor dasar dijangka dimuktamadkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri. Perkembangan ini wajar disambut baik, namun selepas sekian lama reformasi ini dibincangkan dan/atau berada dalam kajian, keutamaan sekarang ialah memastikan RUU tersebut benar-benar dimuktamadkan, dibentangkan di Parlimen dan dilaksanakan secara […]
Selat Hormuz: Kesan Konflik dan Daya Tahan Malaysia (Bhg. 2)

(Baca Bahagian 1) Semua langkah untuk memperkukuh keterjaminan makanan, rantaian bekalan dan daya tahan ekonomi memerlukan pembiayaan yang berterusan. Ironinya, ketika kenaikan harga minyak meningkatkan tekanan terhadap rakyat dan sektor perniagaan, keadaan yang sama juga boleh meningkatkan hasil negara daripada sektor petroleum. Persoalannya ialah, bagaimana hasil tambahan tersebut dimanfaatkan? Kenaikan harga minyak memberi ruang kepada […]
Selat Hormuz: Kesan Konflik dan Daya Tahan Malaysia (Bhg. 1)

Selat Hormuz kelihatan seperti satu laluan sempit di peta, tetapi tempat ini menentukan arah pasaran tenaga utama dunia. Dalam konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, selat ini menjadi antara titik paling kritikal kerana kedudukannya sebagai laluan utama perdagangan minyak dan gas global. Peningkatan operasi ketenteraan, serangan terhadap aset dan kapal serta tindakan kawalan oleh pihak-pihak […]
PRN Johor dan Negeri Sembilan: Medan Ujian Awal PRU16

Pengumuman penetapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai dan Negeri Sembilan pada 1 Ogos telah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hala tuju politik negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Walaupun kedua-dua pilihan raya ini hanya melibatkan pentadbiran negeri, impaknya jauh lebih besar kerana ia dilihat sebagai petunjuk awal kekuatan parti-parti politik utama seperti […]