Deklarasi PRU15: Membina Karakter Bangsa

Deklarasi PRU15: Membina Karakter Bangsa | IKRAM

Mengundi dalam sesuatu pilihan raya merupakan satu tanggunggjawab dan kewajipan sebagai memberi penyaksian bahawa calon yang diundi layak memegang tanggungjawab sebagai pemimpin berwibawa dan kompeten yang akan membentuk kerajaan, sama ada di peringkat negeri atau negara.

Oleh itu, mengambil sikap tidak mahu mengundi atau sengaja merosakkan undi merupakan satu perbuatan yang mensia-siakan hak yang diberi, kecuaian tanggungjawab dan keengganan memberikan penyaksian dalam perkara yang benar atau salah.

Pilihan raya sepatutnya menjadi tempat untuk rakyat memilih calon yang berwibawa dan menolak calon yang tidak kompeten dan mementingkan diri sendiri. Rakyat perlu memilih pemimpin yang mempunyai lapan (8) karakter bangsa bagi merubah keadaan negara ke arah yang lebih baik.

Karakter Bangsa #1: Berkemampuan

Pemimpin yang terhimpun segala kemampuan dan pengalaman memberikannya kredibiliti dan kewibawaan untuk memimpin rakyat dan negara menuju kemakmuran dan kesejahteraan, sekali gus teguh dengan cabaran terhadap anasir-anasir yang merosakkan.

Karakter Bangsa #2: Berdaya Maju

Pemimpin yang berdaya maju akan berusaha menjana kemakmuran melalui pembangunan modal insan, memperkasakan pendidikan rakyat dan mengembangkan potensi serta meningkatkan kemahiran mereka dalam pelbagai sektor.

Karakter Bangsa #3: Amanah dan Berintegriti

Pemimpin yang amanah dan berintegriti akan memelihara dan menjaga harta, kehormatan diri, hak rakyat, agama serta negara dengan penuh tanggungjawab, bahkan memerangi korupsi, rasuah dan penyelewengan dana negara. Tanpa sifat ini, rakyat dan negara akan menanggung malapetaka akibat pengkhianatan dan kecuaian pemimpinnya.

Karakter Bangsa #4: Kasih Sayang

Pemimpin yang mempunyai nilai kasih sayang mengasuh rakyat dengan nilai kehidupan yang mulia, nilai kemanusiaan yang universal serta menerapkannya dalam kehidupan mereka, yang akan menghidupkan persekitaran kehidupan yang mesra manusia dan alam, serta membina hubungan dengan semua berasaskan tuntunan
akhlak yang mulia.

Karakter Bangsa #5: Jujur

Pemimpin yang jujur mencipta ketelusan, memupuk akauntabiliti, menonjolkan integriti, mengangkat kehormatan, membina kepercayaan dan kredibiliti, yang menjadi asas kepimpinan yang diperlukan untuk memacu kemajuan negara.

Karakter Bangsa #6: Berkeadilan

Pemimpin berkeadilan menyantuni rakyat dengan keadilan dalam semua keadaan, menjadikan kehidupan rakyat aman dan sejahtera serta memiliki kedudukan yang setara, hak dan tangungjawab yang sama. Pemimpin yang adil tidak melakukan diskriminasi terhadap rakyat, bahkan melayani mereka dengan saksama.

Karakter Bangsa #7: Utama Rakyat

Pemimpin yang mengutamakan agenda rakyat akan sentiasa prihatin dengan situasi rakyat dan berusaha meningkatkan kualiti kehidupan mereka dalam pelbagai aspek seperti kebajikan, pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan sosial, tanpa mengira kaum, agama dan status.

Karakter Bangsa #8: Berprinsip

Pemimpin yang berprinsip tidak akan menggadaikan pegangan dan moralnya semata-mata untuk mendapatkan habuan dunia, teguh pendirian dan tidak mudah goyah dengan pelbagai tawaran yang memperdaya demi mendapatkan kuasa. Jika tidak, nafsu pasti menguasai diri untuk menghalalkan cara dan menggadaikan prinsip
demi mengejar kuasa.

Rakyat Mesti Keluar Mengundi

Rakyat mempunyai kuasa dalam memberikan mandat kepada pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat, agama dan negara. Sekiranya rakyat memilih untuk tidak mengundi, maka orang lain akan keluar mengundi dan menentukan masa depan hidup mereka.

Undian menterjemahkan keyakinan dan kepercayaan anda terhadap pemimpin yang mempunyai kesemua lapan karakter moral bangsa yang telah dikemukakan.

Oleh itu, gandingan karakter-karakter ini akan memberikan kredibiliti dan kewibawaan yang terserlah kepada seseorang pemimpin untuk mengurus rakyat, mentadbir negeri dan negara seterusnya memacu kemajuan, keharmonian dan kemakmuran bersama.

Pemimpin Membina Karakter Bangsa!
Bina Malaysia Berintegriti!
Satu Undi Penentu Masa Depan Negara!

Penganjur Bersama:
Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Sinar Harian

Disokong:
Rasuah Busters

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia