Keutamaan Iktikaf 10 Akhir Ramadan

Keutamaan Iktikaf 10 Akhir Ramadan | IKRAM

Umat Islam dianjurkan untuk semakin memperbanyakkan ibadahnya pada 10 hari terakhir Ramadan. Antara ibadah yang paling dianjurkan ialah melakukan iktikaf atau berdiam diri di masjid.

Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan, hinggakan pada tahun kewafatannya, baginda beriktikaf selama 20 hari.

Iktikaf bermaksud berhenti (diam) di dalam masjid dengan syarat-syarat tertentu, semata-mata niat beribadah kepada Allah. Iktikaf sunnah dilakukan pada setiap waktu, tetapi yang paling afdal (utama) jika dilakukan pada bulan Ramadan. Sunnah iktikaf ini terdapat dalam beberapa hadis antaranya:

Pertama: Abdullah bin Umar RA berkata bahwa Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” (HR Bukhari)

Kedua: ‘Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW melakukan iktikaf sesudah tanggal 20 Ramadan hingga baginda meninggal dunia. (HR Bukhari dan Muslim)

Ketiga: Ubay bin Ka’ab RA dan Aisyah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 hari terakhir pada bulan Ramadan hingga Allah menjemputnya (wafat). (HR Bukhari dan Muslim)

Maksud daripada beberapa hadis di atas ialah ketika bulan Ramadan akan berakhir, terutama 10 hari Ramadan terakhir, Rasulullah SAW selalu beriktikaf di masjid. Iktikaf ini hukumnya sunat dan tidak harus pada bulan Ramadan sahaja. Iktikaf boleh dilakukan pada bulan apa saja, yang penting seseorang yang melakukannya faham apa itu iktikaf.

Para ulama menyatakan dalam pengertian yang sama, iaitu berdiam diri di dalam masjid. Ulama Syafi’e sebagaimana tertulis dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, menyebutkan bahawa iktikaf adalah kegiatan menetap di dalam masjid yang dilakukan oleh orang tertentu dengan niat tertentu.

Terdapat dalil pensyariatan iktikaf iaitu:

وَلَا تُبَاشِرُوْهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُوْنَ فِي الْمَسَاجِدِ

Dan janganlah kalian mencampuri isteri-isteri kalian, sedangkan kalian sedang beriktikaf di masjid. (Al-Baqarah: 187)

Dalam hadis Nabi SAW bersabda:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضى الله عنهما أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يَعْتَكِفُ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Daripada Ibnu ‘Umar bahawa Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hukum dan masa iktikaf

Hukum melaksanakan iktikaf menurut ulama Syafi’e ialah sunat atau mustahabbah (dianjurkan) dilaksanakan pada setiap waktu. Hukum tersebut menjadi wajib ketika seseorang memiliki nazar untuk melaksanakan sebelumnya.

Terdapat beberapa perbezaaan dalam kalangan ulama fiqh mengenai bilakah iktikaf dilaksanakan:

Pertama, iktikaf dianjurkan dilaksanakan pada bulan Ramadan dan selain bulan Ramadan. Tempoh minimanya menurut ulama Hanafi ialah sebentar saja tanpa ada batasan yang pasti, dengan syarat berdiam diri dan disertai dengan niat.

Sedangkan menurut ulama Maliki batas minima iktikaf ialah sehari semalam. Manakala menurut ulama Syafii, tempoh minimum iktikaf ialah berdiam diri sampai ia dikatakan sebagai orang yang tinggal, ukurannya adalah melebihi ukuran orang dikatakan toma’ninah dalam rukuk dan selainnya. Tidak ada keharusan untuk tinggal di masjid.

Tempat iktikaf dilaksanakan

Ulama Hanafi membahagikan tempat untuk melaksanakan iktikaf ke dalam dua kategori.

Pertama: Untuk lelaki, diharuskan untuk melaksanakannya di masjid iaitu masjid yang di dalamnya dikumandangkan azan dan memiliki imam, meskipun di dalamnya tidak digunakan untuk menjalankan solat lima waktu berjamaah secara penuh.

Ini berdasarkan riwayat Ibnu Mas’ud RA:

“Tidak dinamakan iktikaf, kecuali dilaksanakan di dalam masjid.”

Kedua: Untuk perempuan, ia dilaksanakan di masjid rumahnya, iaitu tempat ibadah yang dipersiapkan untuk melaksanakan solat lima waktu.

Ulama Syafii memperbolehkan beriktikaf di masjid, baik yang masih dalam satu atap dengan masjid atau di luar masjid yang masih berhubungan dengan masjid.

Ketika iktikaf, dianjurkan untuk membaca doa:

اَللّٰهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka memberi pengampunan, maka ampunkanlah aku.

Rukun iktikaf

Iktikaf harus dilakukan di masjid dan dianggap sah apabila memenuhi rukun-rukun berikut:

1. Niat mendekatkan diri kepada Allah.

2. Berdiam di masjid

3. Islam dan suci, serta sudah akil baligh.

Adapun perkara-perkara yang membatalkan iktikaf ialah keluar dari masjid tanpa keperluan yang jelas, bercampur dengan isteri, murtad, hilang akal kerana gila atau mabuk, serta datang haid, nifas atau semua yang mendatangkan hadas besar.

Amalan semasa iktikaf

Selain berdoa dan beberapa perkara di atas, ketika iktikaf juga disarankan untuk melakukan lima amalan mulia ini:

1. Solat: Perbanyakkanlah solat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan meraih pahala yang besar.

2. Memperbanyakkan membaca al-Quran: Banyak kemuliaan yang kita dapatkan dengan membaca al-Quran. Dengan membaca al-Quran, kita akan mendapat syafaat di hari kiamat nanti.

Rasulullah SAW bersabda:

Bacalah oleh kalian al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu akan datang menghampiri kalian di hari kiamat sebagai syafaat.” (HR Muslim)

3. Memperbanyakkan zikir: Zikir merupakan amalan yang sangat dianjurkan ketika iktikaf iaitu bertasbih, tahmid, tahlil, istighfar dan sebagainya.

Allah SWT berfirman:

Kerana itu ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku akan ingat kepadamu; bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.” (al-Baqarah: 152)

4. Selawat: Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW akan mendatangkan pahala.

Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah memberinya sepuluh rahmat.” (HR Muslim)

5. Bersendiri: Ketika iktikaf, seseorang itu dianjurkan untuk lebih bersendiri dan berdiam diri serta mengurangkan berkomunikasi dengan orang lain.

Hinggakan menurut para ulama, lebih disukai apabila iktikaf telah selesai, seseorang itu tetap berdiam diri hingga malam menjelang Hari RayaAidilfitri.

Oleh: Atriza Umar
Rujukan: Hadirmu Dinanti, Ramadan di Rumah Kami

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia