Isu KPPA: Karakter Bangsa Melonjak Perkhidmatan Awam – Presiden IKRAM

Isu KPPA: Karakter Bangsa Melonjak Perkhidmatan Awam – Presiden IKRAM

Baru-baru ini, penamatan khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah menjadi isu yang hangat dalam kalangan masyarakat. 

Difahamkan bahawa tindakan disiplin ini mungkin berpunca daripada hasil siasatan ekoran insiden di KLIA beberapa bulan yang lepas. 

Ini menunjukkan bahawa pemimpin perkhidmatan awam, sebagai cerminan kepada kualiti khidmat kerajaan, menjadi contoh kepada rakyat dan perlu menepati piawai akhlak dan budi pekerti yang tinggi. 

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Sinar Harian telah bersama-sama menganjurkan sidang deklarasi dengan tema ‘PRU15: Membina Karakter Bangsa’ pada 14 November yang lalu.

Deklarasi ini menggariskan pentingnya memilih seseorang pemimpin yang mempunyai lapan karakter bangsa bagi merubah keadaan negara ke arah yang lebih baik.

Karakter-karakter tersebut ialah berkemampuan, berdaya maju, amanah dan berintegriti, kasih sayang, jujur, berkeadilan, utamakan rakyat dan berprinsip.

Dalam hal ini, pemimpin perkhidmatan awam perlu menyantuni para kakitangan dan masyarakat dengan keadilan dalam apa keadaan sekalipun.

Pada masa yang sama, ia harus berusaha mewujudkan suasana kerja yang kondusif agar kakitangan dapat menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang.

Pemimpin perkhidmatan awam tidak sepatutnya melakukan diskriminasi terhadap kakitangan bawahannya, bahkan perlu melayani mereka dengan saksama.

Layanan yang saksama terhadap para pekerja boleh memupuk rasa kebersamaan dalam memberikan khidmat terbaik mereka kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, pemimpin perkhidmatan awam juga perlu mempunyai nilai kasih sayang mendidik kakitangan dengan nilai kehidupan yang mulia dan nilai kemanusiaan yang universal serta membina hubungan dengan semua berasaskan tuntunan akhlak yang mulia.

Ini selari dengan contoh akhlak Rasulullah SAW yang bersifat rendah hati dan rahmah apabila bersama pelbagai golongan termasuk para sahabat, wanita, golongan tua, bahkan kanak-kanak.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW mencium Hasan bin Ali, dan di sisinya sedang duduk al-Aqra’ bin Habis at-Tamimi. Maka al-Aqra’ berkata, “Aku ada 10 orang anak, tidak seorang pun daripada mereka yang pernah kucium.” Maka Rasulullah SAW pun melihat kepadanya kemudian baginda bersabda, “Sesiapa yang tidak menyayangi, maka ia tidak akan disayangi.” (HR Bukhari, No. 5997)

Pemimpin perkhidmatan awam perlu menunjukkan qudwah dan contoh yang baik di hadapan kakitangan awam mahupun orang ramai. 

Jika ada contoh dan akhlak tidak baik yang ditunjukkan oleh pemimpin perkhidmatan awam, maka dikhuatiri ia boleh menjejaskan imej dan prestasi perkhidmatan awam.

Perkhidmatan awam adalah sektor terpenting negara yang sewajarnya sentiasa dipertingkatkan kualiti khidmatnya kepada rakyat ke tahap yang lebih baik dan efisien.

Justeru, kelapan-lapan karakter bangsa tersebut menjadi elemen penting dalam membina hubungan yang baik dengan kakitangan awam, seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia