PRU15: SPR & Penjawat Awam Tonggak Kerajaan Berintegriti

PRU15: SPR & Penjawat Awam Tonggak Kerajaan Berintegriti | IKRAM

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kali ini merupakan pilihan raya yang agak luar biasa dengan beberapa kejutan dan kelainan yang telah berlaku.

Sebagai contoh, ada Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sudah dibubarkan awal, ada yang belum dibubarkan dan ada yang  masih menunggu keputusan Sultan.

Kesemua warganegara berumur 18 tahun ke atas secara automatik layak mengundi. PRU kali ini juga akan berlaku dalam Monsun Timur Laut yang dijangka membawa hujan lebat dan mungkin menyebabkan banjir. 

Namun begitu, pilihan raya tetap perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan tanggungjawab pentadbiran negara perlu terus digalas dengan penuh dedikasi oleh semua pihak berwajib. 

Sehubungan itu, peranan penjawat awam adalah sangat penting dalam memastikan pentadbiran negara berjalan dengan baik di bawah kerajaan ‘caretaker’ sehinggalah kerajaan baru dibentuk. 

Penjawat awam merupakan benteng pertahanan negara sekarang. Mereka adalah ‘frontliners’ pertama yang akan memberi acuan kepada bentuk Malaysia pasca-PRU15 nanti.

Maka, dengan penuh takzim, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mendoakan dan menyarankan:

1. Pegawai penjawat awam menjalankan tugas dengan amanah tanpa dimanipulasi oleh mana-mana parti politik untuk kepentingan sempit mereka.

2. Merujuk kepada kenyataan media Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Bil.62/2019, pegawai penjawat awam memastikan larangan penggunaan aset kerajaan dan awam serta larangan berkempen pada waktu pejabat semasa pilihan raya, dapat dilaksana dan dikuatkuasakan secara menyeluruh di semua peringkat pentadbiran Kerajaan. Sekiranya rakyat perlu dibantu, bantulah merentasi kefahaman dan sokongan politik mereka.

3. SPR sebagai badan yang mengurus secara terus pentadbiran dan perjalanan pilihan raya, bersikap bebas daripada pengaruh dan tekanan mana-mana individu atau parti politik dalam memastikan PRU15 berjalan dengan bersih dan adil. SPR perlu memastikan tiada salah guna kuasa dan tiada unsur rasuah dalam perjalanan PRU kali ini oleh mana-mana pihak.

Kita impikan pembentukan Malaysia pasca PRU15 bermula dengan proses yang baik. Buah yang sedap ranum semestinya sihat juga di dalam, tiada ulat dan tiada yang busuk yang akan merosakkan negara pada masa hadapan.

IKRAM bersama seluruh rakyat Malaysia meletakkan pengharapan yang tinggi kepada penjawat awam di semua peringkat di seluruh negara dalam memastikan proses PRU15 berjalan secara bersih dan adil. 

Semoga Malaysia kembali dihormati dan disegani di persada dunia.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia