Jusni Yusoff dilantik Timbalan Presiden IKRAM baharu

SERI KEMBANGAN – Saudara Jusni Yusoff telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) baharu dalam persidangan keempat Dewan Perwakilan Nasional (DPN) sesi 2022-2026 hari ini. Beliau yang merupakan bekas Naib Presiden IKRAM menggantikan Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan yang meletakkan jawatan Timbalan Presiden pada Oktober lalu. Ustaz Burhanuddin Lukman pula dilantik […]
Tanah Runtuh: Angka Korban Cecah 16 Orang

BATANG KALI – Sehingga jam 1.00 tengah hari tadi, angka korban telah mencecah 16 orang dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi tadi. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Twitter berkata, keseluruhan mangsa terlibat kira-kira 94 orang. “61 mangsa ditemukan selamat, manakala 17 lagi masih hilang,” […]
Isu KPPA: Karakter Bangsa Melonjak Perkhidmatan Awam – Presiden IKRAM

Baru-baru ini, penamatan khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah menjadi isu yang hangat dalam kalangan masyarakat. Difahamkan bahawa tindakan disiplin ini mungkin berpunca daripada hasil siasatan ekoran insiden di KLIA beberapa bulan yang lepas. Ini menunjukkan bahawa pemimpin perkhidmatan awam, sebagai cerminan kepada kualiti khidmat kerajaan, menjadi contoh kepada rakyat dan perlu menepati piawai […]