Bendung Jenayah Melalui Kawalan Keselamatan

Kenyataan Media IKRAM Wilayah Persekutuan
Bendung jenayah di Kuala Lumpur melalui peningkatan kawalan keselamatan secara bersepadu bersama masyarakat
IKRAM Wilayah Persekutuan memandang berat atas kejadian pembunuhan yang berlaku berhampiran Setapak Sentral pada 27 Julai 2016. Kejadian ala mafia ini mempamerkan bahawa penjenayah semakin berani melakukan jenayah di khalayak ramai. Pada tahun 2016, kejadian pembunuhan menggunakan senjata api semakin meningkat dengan Wilayah Persekutuan sahaja mencatatkan 5 kejadian semenjak awal tahun.
Fahami Peranan Disebalik Kurniaan – Dr. Adeeb Hayyan

Sabtu, 2 Julai 2016 – “Selalulah beringat: Allah memberi aku kurniaan ini, pasti aku ada peranan untuk menyumbang kepada ummah“, pesan Dr. Adeeb Hayyan dalam Perhimpunan Ramadhan IKRAM Wilayah Persekutuan (PERAWI) siang tadi.
Sempena Hari Bapa, IKRAM WP Gesa Martabat Peranan Bapa

Sempena sambutan Hari Bapa pada tahun ini, IKRAM Wilayah Persekutuan (IKRAM WP) mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa dari pelbagai latarbelakang di Malaysia.
Walaupun penghargaan terhadap kaum bapa tidak terhad kepada Hari Bapa sahaja, pada kesempatan ini, IKRAM WP terpanggil untuk mengambil perhatian kaum bapa khususnya dan masyarakat secara umumnya untuk untuk merenung kembali peranan bapa dalam menentukan kejayaan sesebuah institusi keluarga.
PERUTUSAN RAMADHAN : Ramadhan Madrasah Tarbiah, Menjana Perubahan.

Perutusan YDP IKRAM Sarawak Sempena Ramadhan Ramadhan Madrasah Tarbiah, Menjana Perubahan. 1 Ramadhan 1437 H Segala puji bagi Allah Ta’ala yang telah memuliakan bulan Ramadhan atas bulan-bulan lainnya, mengistimewakannya dengan turunnya Al-Quran dan kewajipan berpuasa pada bulan ini, penghapus dosa dan nista. Selawat dan salam bagi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang telah diutuskan sebagai […]
Hentikan Jenayah Pedofilia, Tingkatkan Kepekaan

Di kemeriahan musim cuti persekolahan pertengahan tahun, media utama kembali hangat dengan berita yang menggemparkan seluruh negara apabila seorang pedofilia warga Britain, Richard Huckle mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia dari kalangan keluarga miskin yang tinggal di pinggir Kuala Lumpur. Mangsa yang terdiri dari hampir 200 kanak-kanak dari usia seawal 6 bulan sehingga 12 tahun dilaporkan mengalami serangan dan penderaan seksual melibatkan rogol dan pencabulan di antara tahun 2005 hingga 2014. Huckle dilaporkan mengambil gambar dan rakaman video dirinya mendera kanak-kanak secara seksual yang kemudiannya dimuat naik ke laman sesawang gelap yang mempunyai komuniti pedofilia atas talian melibatkan 70,000 ahli di seluruh dunia. Lebih 20,000 imej tidak senonoh membabitkan kanak-kanak telah ditemui di dalam komputer milik beliau.
Ihya Ramadan Kembara Ummah Meriah di Desaru

Kota Tinggi – 27 Mei. Telah berlangsung Program Ihya Ramadan Kembara Ummah di Desaru Utama Community Centre Kota Tinggi. Program tersebut adalah anjuran bersama MyCARE Johor, GEMA Johor dan KRT Zon 3 Taman Desaru Utama. Antara program yang dijalankan ialah Pelancaran Tabung Kembara Ummah MyCARE, Pendaftaran Sukarelawan MyCARE, Pelancaran Kempen 1000 Smiles GEMA, Jualan Amal […]