Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PERUTUSAN RAMADHAN : Ramadhan Madrasah Tarbiah, Menjana Perubahan.

capture-20160606-012843.png

Perutusan YDP IKRAM Sarawak Sempena Ramadhan

Ramadhan Madrasah Tarbiah, Menjana Perubahan.

1 Ramadhan 1437 H

Segala puji bagi Allah Ta’ala yang telah memuliakan bulan Ramadhan atas bulan-bulan lainnya, mengistimewakannya dengan turunnya Al-Quran dan kewajipan berpuasa pada bulan ini, penghapus dosa dan nista. Selawat dan salam bagi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang telah diutuskan sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam.

عن ابي هريرة رضي الله عنه قال:كان النبي صلى الله عليه وسلامه يبشر اصحابه يقول:قد جاءكم شهر رمضان شهر مبارك كتب الله عليكم صيامه وتفتح ابواب الجنان وتغلق ابواب الجحيم وتغل فيه الشياطين وفيه ليلة خير من الف شهر ومن حرم خيرها فقد حرم.(رواه الامام احمد)

“Telah datang kpd kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berakah, bulan diwajibkan berpuasa, di bulan ini semua pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan dibelenggu syaitan, di bulan ini ada satu malam yang lebih baik nilainya dari seribu bulan maka barang siapa yg tidak mendapatkan kebaikannya maka sekali-kali tidak akan mendapatkannya.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Bergembiralah wahai anggota IKRAM Sarawak khususnya dan umat Islam sekalian amnya dengan penghabaran terbukanya segala pintu syurga, tertutupnya segala pintu neraka dan terbelengunya para syaitan di bulan ini. Ahlan ya Ramadhan, tetamu agung dan penghulu segala bulan. Selamat datang bulan yang menyuburkan ketaatan dan ibadah kepada yang maha pencipta. Lantaran itu, marilah kita menginsafi dan bermuhasabah diri atas apa yang telah kita lakukan selama sepeninggalah Ramadhan 1436H yang lalu. Marilah kita berjanji pada Allah azzawajalla dan pada diri kita bahawa Ramadhan 1437H ini akan menjadi pembersih hati jiwa dan pembangun akhlak peribadi yang lebih mulia di sisi Allah Ta’ala. Guna untuk meneruskan hidup yang penuh pengabdian kepada hanya sanya Allah Ta’ala pencipta sekalian alam setelah selesainya kita melayari madrasah Ramadhan kali ini.

Dalam kesempatan ini saya menyeru ahli anggota IKRAM Sarawak khususnya supaya memastikan diri kita termasuk dalam golongan orang-orang yang saling bersegera mendahului untuk membuat ketaatan kepada Allah yang maha pengasih. Semoga kita tidak ketinggalan di belakang sebagai orang-orang yang berlengah-lengah, terhakis lenyap kemahuan bersungguh-sungguh untuk beramal sehingga termasuk dalam golongan orang-orang yang menyesal dan merasa kerugian besar di akhir Ramadhan nanti. Marilah kita memulihkan hati jiwa serta mengembalikan hak fitrah anggota badan lainnya yang telah dirampas oleh runtunan nafsu luar kawalan kita sepanjang tahun yang sudah berlalu. Mari melangkah ke gerbang Ramadhan dengan iman dan ihtisab serta diterima semua amal kita.

Saya ingin mengenengahkan sebuah analogi. Seorang anak yang kelaparan, lantas menyerbu masuk ke dalam rumah langsung bertanya kepada ibu. “Ibu, nak makan, lapar!”. Si ibu dengan penuh kasih sayang lantas menjawab “Tu ada makanan atas meja, makanlah.” Si anak terus ke luar rumah, tidak menjamah walau sesuap nasi pun. Selang 3 jam kemudian, si anak kembali dan melontarkan soalan yang sama “Ibu, nak makan. Laparlah!”. Sekali lagi, si ibu memberi jawapan yang sama “Tu makanan atas meja, makanlah!”. Namun si anak terus berlari ke luar rumah. Tidak menjamah walau sesuap makanan pun. Begitulah perumpamaan seorang hamba yang melakukan solat setiap waktu, berkali-kali memohon kepada Allah “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus!”. Dan tatkala Allah menjawab di dalam surah berikutnya “Itulah kitab yang tiada keraguan padanya, petunjuk bagi yang bertaqwa.” Namun si hamba berlagak tidak peduli, masih tidak mahu mentelaah kandungan Al-Quran. Tatkala tiba solat berikutnya, dia meminta lagi kepada Allah “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus!”. Dan Allah menjawab dengan ayat berikutnya “Itulah Al-Kitab! Petunjuk bagi yang bertaqwa.” Dan sekali lagi si hamba tidak mengendahkannya dan berterusan tidak mengerti kandungan Al-Quran. Apakah kita seperti insan itu? Tidak meletakkan Al-Quran sebagai fokus kehidupan. Berasa cukup senang dengan hanya melontarkan bunyi-bunyinya dan masih gagal memahami perintah Allah dalam setiap tingkah kehidupan kita.

Seharusnya Al-Quran mencorakkan bagaimana kita berinteraksi dengan pasangan, bagaimana kita mendidik anak-anak, bagaimana kita mengurus perniagaan kita, bagaimana kita ke tandas, bagaimana kita berinteraksi dengan masyarakat dan sebagainya. Apakah Al-Quran telah benar-benar mencorakkan kehidupan kita? Dan bulan Ramadhan adalah bulan yang tepat untuk melakukan perubahan dalam diri kita. Bermula dengan latihan mengawal nafsu makan, pastinya setiap sisi kehidupan kita turut mampu dikawal dengan iman, berlandaskan petunjuk Al-Quran. Ramadhan, bulan Al-Quran. Ramadhan, bulan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan kita. Mohonlah pada Allah untuk menganugerahkan kepada kita keistimewaan untuk mengahayati Al-Quran dengan sebenar-benarnya.

“ Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi umat manusia, penerang kepada petunjuk dan pembeza (antara haq dan batil) ” ( Al-Baqarah:185)

Maka jelaslah hubungan berpuasa, membaca dan menghayati Al-Quran dengan petunjuk ilahi.
Ikhwah- akhawat yang dirahmati Allah, Ramadhan juga merupakan bulan yang mampu menyerlahkan sifat pemurah dan gemar berbuat kebajikan dalam diri kita. Pada bulan Ramadhan inilah Rasulullah s.a.w melipatgandakan kedermawan baginda.

“ Nabi s.a.w. adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril a.s. untuk membacakan kepada Al-Quran. Jibril a.s. menemui Rasulullah s.a.w. setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Quran. Rasulullah s.a.w. ketika ditemui Jibril a.s. lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dengan kita banyak memberi dan bersedekah pada bulan yang Allah Ta’ala telah tetapkan ganjarannya yang berlipat ganda. Apabila digandingkan amal puasa dengan sedekah ianya menjadi sebab untuk masuk syurga. Berpuasa, bersedekah dan mendirikan solat tahajud ketika orang lain sedang tidur pula adalah penghapus dosa-dosa dan menjauhkan kita dari api neraka.

“ Sedekah dan solat seseorang di tengah malam dapat menghapuskan dosa sebagai mana air memadamkan api ” (Hadis riwayat At Tirmidzi)

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat dan barakah pada bulan mulia ini. Moga anugerah taqwa menjadi milik kita. Moga Ramadhan kali ini menjadi madrasah tarbiah, penjana perubahan bagi diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita.

Selamat berdamping dengan Ramadhan al-mubarak, demi mendapat keredhaan Allah Ta’ala.

Hj Ibrahim b Mohamad
Yang Di Pertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia