Hentikan Jenayah Pedofilia, Tingkatkan Kepekaan

Hentikan Jenayah Pedofilia

Wanita Ikram Wilayah Persekutuan melalui Unit Pembangunan dan Pembelaan Kanak-Kanak memandang serius jenayah pedofilia yang sangat membimbangkan ini.Tiada peruntukan hukuman berat untuk jenayah pedofilia dalam perundangan di Malaysia menjadikan jenayah ini semakin berleluasa. Akta Kanak-Kanak 2001 tidak menyatakan secara jelas sebarang peruntukan untuk melindungi kanak-kanak dari jenayah pedofilia. Perkara 17(2) (c) Akta Kanak–Kanak 2001 menyatakan bahawa kanak-kanak yang teraniaya dari segi seks atau terlibat dalam apa-apa aktiviti berunsur seks harus diberikan perlindungan. Namun tidak dinyatakan bagaimana pencegahan harus dibuat supaya jenayah ini dapat dihindarkan.

Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan prihatin terhadap situasi ini dan ingin menyarankan beberapa tindakan berikut:

  1.  Meminda Akta Kanak-Kanak 2001 dengan menambah peruntukan untuk melindungi kanak-kanak dari jenayah pedofilia. Pelaku yang disabitkan dengan jenayah pedofilia ini perlu dikekang oleh undang-undang daripada berurusan atau bekerja di tempat yang melibatkan kanak-kanak seperti pusat penjagaan, institusi pendidikan dan taman-taman rekreasi.
  2. Meningkatkan kawalan sekuriti siber dengan mewujudkan pasukan polis siber yang mengawasi secara serius dan mengambil tindakan terhadap laman sesawang lucah yang mengeksploitasi kanak-kanak.
  3. Menyediakan sistem sokongan yang padu, kaunseling dan tempat perlindungan yang selamat untuk kanak-kanak yang menjadi mangsa.
  4. Menitik beratkan pendidikan tentang ruang peribadi (personal space) dan sentuhan selamat serta tidak selamat (safe and unsafe touch) yang perlu difahami dengan jelas oleh kanak-kanak bermula di alam pra-sekolah lagi.
  5. Meningkatkan kesedaran di kalangan ibu bapa, penjaga dan guru tentang bahaya yang mungkin menimpa kanak-kanak dibawah pengawasan mereka, dengan sentiasa berwaspada dan prihatin terhadap tingkahlaku di luar kebiasaan kanak-kanak.
  6. Mewujudkan pelan pemulihan (rehabilitasi) dan kaunseling untuk pesalah yang terlibat di dalam jenayah seksual kanak-kanak agar jenayah ini tidak diulangi lagi oleh pelaku.

Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan melalui inisiatif ‘Mothers Against Pornography’ (MAP) bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi merangka modul pendidikan ‘Rahsia Peribadi’ untuk kanak-kanak sebagai langkah pencegahan dan keselamatan. Usahasama yang kemas dan bersepadu di antara kerajaan dan badan bukan kerajaan akan membantu mengawal jenayah ini dari terus menular.

Sudah tiba masanya untuk setiap pihak melihat secara serius isu jenayah pedofilia yang sungguh mencemaskan ini. Mengambil langkah menghentikan jenayah yang menjijikkan ini adalah tanggungjawab dan urusan semua pihak. Sejauh mana sesebuah masyarakat itu memelihara keselamatan kanak-kanak dan melindungi mereka melalui kesedaran, polisi dan undang-undang, membuktikan sejauh mana masyarakat tersebut menghargai dan menyayangi kanak-kanak. Semoga bumi Malaysia ini selamat dan terhindar dari sebarang bentuk keganasan khususnya terhadap kanak-kanak selaku golongan yang tidak berdaya.


Hjh Susilawati Hamzah
Ketua Wanita
Wanita Ikram Wilayah Persekutuan
3 Jun 2016

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia