Sempena Hari Bapa, IKRAM WP Gesa Martabat Peranan Bapa

Perutusan Hari Bapa

Kejayaan pembinaan sesebuah keluarga yang sejahtera sangat bergantung kepada sejauh mana seorang bapa berperanan mendidik ahli keluarganya. Dalam hal ini, peranan bapa sangatlah besar terutamanya pada era yang serba mencabar pada hari ini.

1. Peranan utama bapa adalah untuk menanamkan kefahaman tauhid kepada Allah swt, seperti peranan yang dimainkan oleh Nabi Yaakub a.s. kepada anak-anak dan keturunannya:

(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi!) Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepada Nyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman). [Al-Baqarah: 133]

Pembinaan kepercayaan tauhid adalah perkara yang paling pokok kerana ia membina kepercayaan asas seseorang individu dalam kehidupannya, bagaimana beliau melihat dan berinteraksi dengan dunia dan alam ini serta peranannya sebagai khalifah Allah swt yang pemimpin dari sekecil-kecil unit keluarga sehinggalah peringkat kepemimpinan yang besar iaitu sebuah negara.

2. Seorang bapa bertanggungjawab menentukan visi dan matlamat yang jelas untuk keluarganya, dengan cita-cita unggul untuk masuk syurga dengan seluruh ahli keluarganya.

4. Seseorang bapa juga berperanan untuk meningkatkan komunikasi secara efektif di antara sesama anggota keluarga. Sebagai ketua keluarga, bapa merupakan jambatan hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak untuk memastikan interaksi yang sihat berlaku di antara sesama anggota keluarga dan nasihat-nasihat bermanfaat dapat disampaikan.

IKRAM WP menyeru kaum bapa, kaum ibu dan semua pihak untuk memartabatkan kembali peranan bapa seperti yang digariskan di atas. Hanya dengan pengukuhan ini institusi keluarga dapat berfungsi dengan baik untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera dan seterusnya negara yang makmur. Selamat Hari Bapa!

 

Profesor Dr. Sahrim Hj. Ahmad
Yang Dipertua IKRAM Wilayah Persekutuan

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kenyataan ini, sila hubungi 019-3302096 (Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad).

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia