‘Jalinan Kasih Ramadhan’ lahirkan kesedaran tentang nasib keluarga Palestin

Kebanyakan peserta yang hadir merasakan bahawa mereka mempunyai peranan yang besar untuk membantu umat Palestin terutama pada bulan Ramadhan, bulan yang dianjurkan supaya kita banyak menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Menurut Cik Rosma, salah seorang peserta muda yang ditemubual selepas program, ceramah-ceramah yang disampaikan tentang isu Palestin telah menyentuh hatinya dan dia bersemangat untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin dengan apa jua cara yang termampu.

“Pendedahan yang diberi banyak membuka minda saya bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan IKRAM bukan sahaja berbentuk dalaman tetapi juga di peringkat antarabangsa!” kata Puan Junaidah Sulong yang hadir pada hari itu. Beliau adalah seorang guru yang sedang mengajar di salah sebuah sekolah menengah di sekitar Kota Bharu.

Seramai hampir 100 orang wanita telah hadir pada majlis tersebut dan mereka terdiri daripada pelbagai generasi.

jalinan kasih ramadhan

jalinan kasih ramadhan

jalinan kasih ramadhan

Ketua Wanita IKRAM Kelantan, Dr Norhani Abdul Rani telah memulakan sesi aluan dengan menyatakan tujuan wanita berkumpul adalah untuk menjalinkan hubungan sesama wanita yang hadir pada majlis tersebut dan juga menjalinkan keakraban dan rasa prihatin terhadap nasib keluarga wanita di Palestin.jalinan kasih ramadhan

Tiga pengisian menarik disampaikan oleh Ustazah Hasanah yang bertajuk ‘Rumahku pada Bulan Ramadhan’ dan juga pengisian oleh Dr Hafidzah Mustakeem, AJK Wanita IKRAM Pusat, yang banyak memberikan kesedaran tentang wanita dan keterlibatan mereka dalam perjuangan termasuklah menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat di Palestin melalui projek ‘Back to School’, ‘Rose2Rose’, ‘Women2Women’ dan ‘Aqsa2Gaza’.

Wakil Aqsa Syarif Kelantan, Dr Othman Mohd Zain pula memberi penerangan tentang Program Aqsa Syarif AQSA2GAZA2.

Acara kemuncak pada hari itu adalah penyerahan kad ‘We Love Palestine’ oleh anak-anak IKRAM Juniors untuk dihantar kepada rakan-rakan di Palestin. Kemudian Ketua Wanita IKRAM Kelantan, Dr Norhani menyerahkan wang terkumpul pada majlis tersebut sebanyak lebih daripada RM3 ribu ringgit kepada Dr Othman.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia