Pendidikan Masyarakat: Jaulah ke Johor Perkukuh Sinergi Bersama

SKUDAI – Usaha Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bagi memperkukuh gerak kerja pendidikan masyarakat diteruskan melalui penganjuran Jaulah Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat Pusat bersama IKRAM Negeri Johor di sini pada Ahad, 20 September lalu. Bertemakan “Menyelaras, Mendengar, Mengukuhkan Sinergi dan Bertindak”, pertemuan di Kompleks IKRAM Johor ini menjadi medan penting untuk menyatukan kefahaman, mendengar realiti setempat serta […]
Masalah Persepsi Halangan Utama Integrasi Nasional – Speaker Dewan Rakyat

BANDAR BARU BANGI – Halangan utama membina perpaduan dan integrasi nasional di negara ini berpunca daripada masalah persepsi, yang sering menimbulkan rasa curiga dan perselisihan antara kaum, menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul. “Kita tidak akan bersatu selagi kita ada persepsi,” tegas beliau ketika merasmikan Dialog Negara Bangsa: Membina […]
IKRAM dan WUIF Berkolaborasi Jayakan “Saff 12 Movement”

SHAH ALAM – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) telah memulakan langkah awal bertemu dan berdiskusi bersama dalam memperkasakan projek “Saff12 Movement” yang diilhamkan daripada penganjuran World #QuranConvention (WQC 2025) yang lalu. Sesi sumbang saran semalam mengumpulkan golongan pakar, profesional dan pemikir IKRAM yang memfokuskan tadabbur Surah as-Saff dan pemetaan kepada […]
Seminar Perkenal Flipchart 1000 Hari Pertama Kehidupan

BANDAR BARU BANGI – Wanita IKRAM Selangor memperkenalkan flipchart 1000 Hari Pertama Kehidupan yang mengandungi lima bab sebagai panduan mengenai fasa kritikal perkembangan anak. Ini termasuk panduan penjagaan prakehamilan, penyusuan susu ibu, pemakanan bayi dan kanak-kanak berusia 0 hingga 23 bulan, serta pemantauan pertumbuhan anak. Carta selak itu diperkenalkan ketika “Seminar Flipchart 1000 Hari Pertama […]
Reformasi Polisi Dadah: DPPM, IKRAM & MASAC Himpunkan Pemimpin Islam

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak Polisi Dadah Malaysia 2025 (Drug Policy Summit Malaysia 2025) telah berlangsung pada 4-5 November lalu di Hotel Flamingo di sini. Persidangan ini menghimpunkan pelbagai pihak termasuk kerajaan, agensi penguat kuasa, ahli akademik, pakar kesihatan dan aktivis masyarakat sivil bagi membincangkan hala tuju dasar dadah negara. Sidang kemuncak telah dirasmikan oleh […]
Lebih 200 Bergotong-royong, Kukuhkan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Program Gotong-Royong Perpaduan MADANI 2025 berlangsung meriah melibatkan lebih 200 peserta di Pangsapuri Awam Seri Perlis 2, Kampung Datuk Keramat di sini, pada Ahad, 28 September lalu. Program yang dianjurkan Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Perumahan Awam Seri Perlis 2 ini menyediakan pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan perpaduan komuniti […]