Gugur GEG: Kenyataan Azrul Khalib Sangat Mengelirukan

Gugur GEG: Kenyataan Azrul Khalib Sangat Mengelirukan | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) hari ini menganggap cadangan Azrul Mohd Khalib, Ketua Eksekutif Pusat Kesihatan dan Dasar Sosial Galen berkaitan Generational End Game (GEG) baru-baru ini sangat mengelirukan.

Beliau dilaporkan dalam satu kenyataan yang mencadangkan agar peruntukan untuk generasi penamat rokok, Generational End Game (GEG) digugurkan daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok bagi membolehkan ia dapat diluluskan dengan segera.

Yang Dipertua IKRAM Health, Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata, Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Menimbang RUU Kawalan Produk Tembakau 2022 yang telah disiarkan pada 5 Oktober 2022, menyarankan beberapa pembaikan yang perlu dilakukan.

“Dalam penyata itu juga, didapati semua Ahli Jawatankuasa telah bersetuju bahawa peruntukan GEG ini mesti dikekalkan memandangkan Malaysia berdepan dengan masalah berganda rokok konvensional bersama rokok elektronik,” jelasnya.

Tambahnya, tanpa GEG, usaha untuk menurunkan prevalen perokok di Malaysia kurang daripada 5 peratus tidak akan menjadi kenyataan sampai bila-bila, kerana setiap tahun golongan muda akan sentiasa direkrut oleh industri untuk menjadi penagih baharu nikotin melalui produk merokok seperti vape. 

“Kita dapat lihat bagaimana industri dan pengusaha vape sentiasa mensasarkan golongan muda ini dalam strategi pemasaran produk mereka.”

“Pelbagai bentuk vape yang menarik perhatian memenuhi cita rasa golongan ini akan direka untuk memperdaya mereka,” ujarnya.

Menurut Dr Mohd Afiq, kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa  penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 tahun semakin kritikal apabila ia meningkat dari 9.8 peratus pada tahun 2017 kepada 14.9 peratus pada tahun 2022.

“Bayangkan sekiranya peruntukan GEG digugurkan dan hanya mengekalkan status quo iaitu larangan merokok terhadap golongan umur bawah 18 tahun, maka selepas mereka berumur 18 tahun tidak ada lagi perlindungan yang kerajaan berikan kepada mereka.”

“Tidak mungkin kita sanggup membiarkan golongan yang berumur selepas 18 tahun ini terpedaya dan terjerumus dengan masalah penggunaan rokok dan rokok elektronik ini,” tegas beliau.

Oleh itu, menurutnya, sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, GEG ini sangat penting dan mesti disokong demi masa depan anak-anak Malaysia, manakala majoriti rakyat pula secara majoritinya telah memberi sokongan besar dalam mewujudkan akta baru dan GEG ini.

“GEG adalah jalan keluar kepada permasalahan komplikasi penyakit daripada tabiat merokok dan ketagihan nikotin yang telah lama membunuh puluhan ribu nyawa dan membebankan kewangan negara,” katanya lagi.

Jelasnya, GEG tidak menindas atau mendiskriminasikan perokok dan pengguna vape yang sedia ada, kerana mereka akan masih boleh merokok sehingga akhir hayat hidup mereka, namun usaha kerajaan dan pelbagai pihak untuk menggalakkan mereka berhenti akan terus dijalankan demi menyelamatkan nyawa mereka.

“GEG akan melindungi golongan muda yang akan menjadi sasaran baru industri tembakau dan rokok elektronik atau vape untuk membeli produk mereka seterusnya menjadi penagih nikotin selama-lamanya.”

“Mereka yang lahir selepas tahun 2007 akan dilindungi dengan undang-undang daripada terdedah kepada tabiat buruk ini kerana wujudnya larangan merokok, membeli dan dijual kepada mereka.” 

Oleh itu, IKRAM Health merasakan kenyataan Azrul Khalib itu adalah sangat mengelirukan. 

“Beliau sedar akan kepentingan GEG, beliau sedar yang berbilion ringgit dapat dijimatkan dalam perbelanjaan kesihatan untuk rawatan penyakit berkaitan merokok, beliau sedar GEG akan membantu menyelamatkan nyawa ribuan rakyat setiap tahun dan beliau sedar kanak-kanak kini sedang direkrut menjadi penagih baru, namun beliau masih ingin membuang GEG daripada akta baharu nanti.”

Tegas Dr Mohd Afiq, IKRAM Health membantah sekeras-kerasnya usaha untuk menggugurkan peruntukan GEG daripada akta baharu Kawalan produk tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan dalam persidangan dewan rakyat akan datang. 

“Tatkala majoriti rakyat sedang memberi sokongan terhadap GEG ini, maka inilah masanya untuk kita merealisasikannya,” katanya. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia