Empat fokus utama perkhidmatan awam

PUTRAJAYA- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah menekankan empat fokus utama yang perlu diberikan perhatian oleh perkhidmatan awam.

 

“Untuk perkhidmatan awam menjadi organisasi yang terus kekal relevan, saya ingin mengajak semua penjawat awam bersama-sama mencipta sejarah baharu berlandaskan empat fokus utama iaitu menyegar semula penjawat awam, landskap baharu organisasi awam, perkhidmatan awam kalis masa hadapan dan bergerak bersama ke hadapan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Khas Amanat Datuk Seri KPPA 2022 pada Khamis.

 

Beliau berkata, ia bagi memastikan perkhidmatan awam terus kekal relevan dalam mendepani pelbagai perubahan dan cabaran masa depan.

 

“Perkhidmatan awam perlu melangkah lebih jauh dengan membangunkan jenama yang tersendiri selaras dengan trend global semasa dan kita patut menjadi lebih proaktif serta berupaya meramalkan apa yang akan berlaku serta melakukan persediaan sewajarnya.”

 

Menurutnya, adalah tidak wajar sekiranya penjawat awam bersifat reaktif dan bertindak hanya apabila sesuatu masalah muncul.

 

“Saya amat mengharapkan kita sama-sama dapat merealisasi perkhidmatan awam sebagai sebuah organisasi yang dinamik serta bersifat pemudah cara dan bertindak mengurangkan parameter birokrasi serta rigidity,” ujarnya.

 

Supaya organisasi awam terus kekal relevan, beliau menegaskan agar penjawat awam hendaklah mempunyai daya ketahanan yang tinggi, anjal, tangkas dan berinovasi.

 

“Sifat-sifat ini mestilah dilengkapkan dengan nilai integriti yang tinggi. Selain itu, warga penjawat awam hendaklah berpaksi kepada rakyat dan berfikiran realistik serta sentiasa bersedia untuk menyelesaikan pelbagai masalah merentas kementerian dan agensi demi kesejahteraan rakyat.”

 

Jelasnya lagi, amalan ini akan dapat meningkatkan nilai tambah dan produktiviti perkhidmatan awam dan meningkatkan kepercayaan rakyat.

 

“Ketua jabatan hendaklah sentiasa meneliti, mengkaji fungsi sedia ada dan melakukan proses rekayasa.”

 

Tambahnya lagi, fungsi yang tidak lagi relevan hendaklah dijumudkan bagi membolehkan kita melaksanakan perkhidmatan dengan lebih berkesan berpaksikan objektif penubuhan organisasi itu sendiri.

 

“Pembangunan pekeliling dan peraturan perlu dilaksanakan dengan lebih berhemah dan menyeluruh mengambil kira input dan pandangan terutamanya daripada pemegang taruh peraturan berkenaan,” kata Mohd Shafiq.

 

Malahan, semua pekeliling sedia ada perlu segera dikaji semula sama ada masih boleh dilaksanakan dalam perspektif semasa.

 

“Sesi libat urus yang dilaksanakan di peringkat awal pembangunan dasar akan dapat memastikan tidak timbul sebarang isu selepas dasar itu diperkenalkan.”

 

Sebelumnya beliau berkata, masa hadapan yang tidak menentu dengan cabaran berkaitan ketidakstabilan ekonomi global, ageing society, penularan wabak pandemik, perubahan demografi, ancaman perubahan iklim tidak boleh dinafikan.

 

“Jadi, dalam menghadapi cabaran-cabaran ini, kita hendaklah bersiap siaga dan membuat persediaan rapi dari sekarang melalui platform perkhidmatan yang kukuh, holistik dan kalis masa hadapan,” tegasnya.

 

Dalam pada itu, perkhidmatan awam masa hadapan perlulah bersifat dinamik dan responsif terhadap keperluan rakyat dan negara.

 

“Kita tidak mahu ada yang tertinggal dalam melakukan lonjakan berganda terhadap ekonomi dan kesejahteraan negara ini.”

 

Menurutnya lagi, sekiranya penjawat awam tampil dengan sikap tidak peduli terhadap kepentingan melaksanakan perubahan atau transformasi, perkhidmatan awam akan terjejas.

 

“Kita sebenarnya telah culas dalam melaksanakan amanah,” katanya.

 

Terdahulu, Mohd Shafiq dilantik sebagai KPPA berkuasa kuasa pada 10 Februari lalu bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan oleh Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang bersara pada 16 Januari lalu.

 

Foto: JPA

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia