Utama

‘Pesona Cinta’ IKRAM Kuala Kangsar-Gerik

GERIK – Program Pesona Cinta kerjasama IKRAM Kuala Kangsar-Gerik dan Kolej Komuniti Gerik telah dijayakan di Dewan Persidangan Gerik di sini pada Sabtu 18 Februari 2012 yang dihadiri lebih daripada 260 peserta yang terdiri daripada pelajar kolej komuniti, ahli usrah IKRAMTeens dan wakil-wakil pelajar sekolah sekitar Kuala Kangsar dan Gerik.

Read More »

65% hadirin Majlis Tahun Baru Cina Hidayah Centre adalah bukan Melayu


SERI GOMBAK – Program Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 28 Januari 2012. Program ini merupakan program anjuran bersama Hidayah Centre, Pertubuhan IKRAM Malaysia Gombak dan Ampang Jaya dengan kerjasama Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Selangor dan Restoran Hj Sharin Low. Berbeza dengan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun lepas, penganjuran kali ini yang bertemakan “Happy Happy Gong Xi Fa Cai” telah diadakan di Restoran Hj Sharin Low cawangan Sri Gombak bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

Read More »

Catatan Pengalaman Misi ‘BoT to Gaza’ (B2G)

GAZA CITY – Tiga orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif (BoT) telah mengadakan lawatan ke Gaza dengan misi ‘BoT to Gaza’ (B2G) pada 23 Januari hingga 29 Januari 2012. Mereka adalah Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi), Ir Dr Selamat Aliman (Bendahari) dan Ustaz Kamaruzzaman Abdul Rahim (Pegawai Perhubungan Aqsa Syarif). Rombongan ini turut diiringi seorang sukarelawan, Saudara Abdul Azim Ismail.

Read More »

KRS Musleh ke KEMNAS II PRAMUKA JSIT Indonesia

KUALA LUMPUR – Seramai 28 orang anggota TKRS/KRS MUSLEH dan empat orang pegawai pengiring telah menyertai Perkhemahan Nasional II Pramuka JSIT di Cibubur Jakarta pada 11-14 Januari 2012. Kehadiran KRS MUSLEH disambut oleh Drs Sukro Muhab iaitu Ketua Umum JSIT Indonesia yang mempunyai lebih 1300 buah institusi pendidikan yang bergabung di bawahnya.

Read More »

Acara gemilang Karnival 25 Tahun Al-Amin

KUALA LUMPUR – Satu acara gemilang sempena menyambut ulang tahun ke-25 Pusat Pendidikan Al-Amin (PPAA) telah diadakan pada 24 – 26 Disember 2011 yang lalu menggabungkan kesemua sekolah PPAA iaitu SMI Al-Amin Gombak (SMIAAG), SRI Al-Amin Gombak (SRIAAG), SRI Al-Amin Kuala Lumpur (SRIAAKL) dan SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan (SRIAAWP) berkonsepkan kekeluargaan dan kemasyarakatan dengan sasaran utama adalah keluarga, pelajar Al-Amin dan juga umum.

Read More »

Utama

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia