‘Pesona Cinta’ IKRAM Kuala Kangsar-Gerik

YDP Pertubuhan IKRAM Kuala Kangsar-Gerik Tn Hj Adlan Ubat dan Pengarah Kolej Komuniti Gerik, Ahmad Yasruddin Md Yasin telah meyampaikan ucapan pembukaan Program Pesona Cinta. Pegawai Daerah Hulu Perak, Tuan Mohd Tahir Osman menyampaikan ucapan perasmian program. Beliau turut menyarankan para remaja supaya menambah ilmu cinta dengan membaca bahan-bahan ilmiah sebagai panduan.


Selepas perasmian program, Tuan Mohd Tahir yang juga YDP Majlis Daerah Gerik turut menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Kolaborasi antara Pertubuhan IKRAM Daerah Kuala Kangsar-Gerik dan Kolej Komuniti Gerik melalui Hj Adlan dan Ahmad Yasruddin, untuk mengadakan kerjasama dalam program-program membina sahsiah pelajar.

Melalui institusi IKRAM, Raudhatus Sakinah, pasukan jurulatih Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) yang dipimpin oleh Ummi Yus memulakan program dengan pengenalan Kempen ABJZ dan Ice-Breaking. Peserta dihidangkan dengan informasi dan kesedaran kepada golongan remaja dan belia tentang kesan-kesan sosial.


Dalam slot ‘Psikologi Remaja dan Belia’, peserta turut dibimbing agar bebas daripada menjurus kepada tabiat atau cara hidup negatif yang turut memberi kesan ke atas psikologi diri dan orang lain. Dalam slot ‘Kesihatan Reproduksi’, pasukan ABJZ berusaha membina dan menstrukturkan semula cara berfikir remaja dan belia tentang kesihatan reproduksi diri.

Dalam ‘Introspeksi Diri’ (muhasabah) pada akhir program, para peserta diberi kesedaran supaya tidak melakukan perbuatan yang merugikan diri, keluarga dan keturunan di samping remaja dan belia perlu membina keyakinan diri yang mantap dan jitu berlandaskan Syariat sebagai benteng daripada kesan-kesan sosial.


Meskipun perjalanan program yang cukup mesra dan santai, namun ia penuh dengan informasi berguna untuk membina kesedaran peserta melalui ceramah, perkongsian dan sesi soal jawab. Dengan pendekatan video, slaid pembentangan, senaman ringan dan komunikasi dua hala, jelas, peserta tidak bosan mendengar ingatan, saranan dan nasihat daripada para jurulatih ABJZ.

Di samping bengkel ABJZ, pameran Palestin dan kutipan derma turut diadakan oleh Aqsa Syarif Daerah di samping pameran oleh Kolej Komuniti Gerik dan gerai jualan oleh ahli-ahli IKRAM. Program ini turut mendapat perhatian Berita Harian melalui wartawannya dengan menemuramah YDP IKRAM dan Pengarah Kolej Komuniti Gerik.


Tahniah buat IKRAM Kuala Kangsar-Gerik, Kolej Komuniti Gerik dan pasukan ABJZ Raudhatus Sakinah. Dengan usaha ini, generasi remaja dan belia masa kini mampu mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah sosial yang negatif di samping berusaha membina kesedaran tersebut kepada rakan mereka yang lain.

Sumber: http://www.facebook.com/pemudaikramkkangsar

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia