Acara gemilang Karnival 25 Tahun Al-Amin

Bertemakan “Teruskan Muafakat Demi Generasi Soleh wa Musleh”, sambutan ini bertujuan untuk meraikan sambutan 25 tahun sekolah-sekolah di bawah PPAA dan menambah kutipan bagi Tabung Yayasan Al-Amin untuk membantu pelajar yang ditimpa musibah, membantu pelajar cemerlang tetapi kurang mampu, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara amnya dan membantu kebajikan guru dan staf PPAA.

Dengan sambutan ini, ia dapat memperkenalkan lagi sekolah Al-Amin kepada masyarakat supaya kehadirannya lebih dirasai, selain mengadakan jualan buku dan pakaian sekolah serta mempereratkan ukhuwah antara warga pelajar dan kakitangan sekolah-sekolah PPAA.

Sehingga kini, katanya lagi, sambutan daripada ibu bapa terhadap Sekolah Al-Amin amat memberangsangkan kerana masyarakat sememangnya tercari-cari pendidikan alternatif terutamanya yang menawarkan sekali pendidikan Islam.

“Jumlah pelajar di sekolah-sekolah kita sekarang sudah melebihi 2,000 orang. Setiap tahun, kita terpaksa menolak tidak kurang daripada 100 permohonan selepas saringan pendaftaran dilakukan kerana tempat yang amat terhad. SRIAAWP yang terletak di Wangsa Maju itu pun dibuka bagi menampung dan menerima pelajar-pelajar yang tidak mendapat tempat di Gombak dan Kuala Lumpur,” kata Pengarah Karnival, Dr Salwani Mohd Daud (gambar kiri).

Sambutan ini dianjurkan Lembaga Pengelola Pusat Pendidikan Al-Amin dengan kerjasama SMIAAG, SRIAAG, SRIAAKL dan SRIAAWP, Persatuan Bekas Pelajar Al-Amin (OASIS) dan disokong oleh PIBG SMIAAG, PIBG SRIAAG, PIBG SRIAAKL, IKRAM Gombak dan IKRAM Ampang Jaya. Lokasi utama aktiviti adalah di SRIAAG dan SMIAAG yang terletak dalam satu kawasan, manakala beberapa acara turut dijalankan di sekolah-sekolah PPAA yang lain.


Sejak karnival bermula dan dirasmikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, YB Dr Halimah Ali pada Sabtu lalu, ia tidak putus-putus dikunjungi ibu bapa, pelajar, bekas pelajar dan orang ramai yang berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan, permainan, pengisian ilmiah dan jualan.

Pelbagai acara menarik disediakan pada karnival ini. Antara yang menarik ialah gerai promosi dan jualan kereta, motosikal, basikal, pakaian, buku, produk kesihatan dan telekomunikasi. Kaunseling untuk lepasan SPM turut diadakan selain Showcase Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang memperkenalkan IKRAM dan institusi-institusi yang bernaung di bawahnya. Pameran tentang sejarah dan perkembangan sekolah PPAA juga dibuat sebagai kenangan dan pendedahan buat generasi baru PPAA.


Sesi-sesi pengisian ilmiah berbentuk forum, wacana dan talk show diadakan dengan menampilkan barisan penceramah selebriti dan terkenal dewasa ini. Pada pagi hari pertama karnival, slot Peradaban Sejahtera menampilkan dua panel Naib Presiden IKRAM, Hj Syed Ibrahim Syed Noh dan pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik. Pada petangnya pula, slot Peduli Ummah bersama Pengarah Negara IRM Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Pengerusi Aqsa Syarif Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Pengarah Hidayah Centre Hj Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester.

Pada pagi hari kedua, tokoh agama Dr Roslan Mohamed dan Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman berforum sepentas dengan mengupas slot Qalbun Salim yang bertajuk: “Pembentukan Peribadi Mulia untuk Kesejahteraan Ummah”. Ustaz Don Daniyal daripada TV Al-Hijrah dan Puan Yasmin Siddik pula telah dijemput pada petangnya untuk menyampaikan slot Remaja Mithali yang bertajuk: “Gaya Hidup Patuh Syariat dalam Era Penuh Tarikan”.

Pada hari terakhir, pakar ekonomi Prof Dr Mohd Nazari Ismail dan perunding kewangan  Haron Mohd Yusof atau Hamdy berforum dalam slot Hidup Berhemah. Pakar motivasi, Dr Robiah K Hamzah turut menyampaikan ceramahnya dalam slot Keluarga Sakinah yang bertajuk: “Mengundang Mawaddah wa Rahmah untuk melahirkan Qurratu’Ain”.

Selain itu, aktiviti menunggang kuda, bermain dengan burung kak tua dan arnab, ‘fun house’, urutan refleksologi, sauna untuk wanita, badut, ‘treasure hunt’, jualan makanan serta jualan buku dan pakaian sekolah juga diadakan. Sepanjang tiga hari karnival, sistem siar raya dikendalikan oleh Alunan Firdausi Entertainment (AFE) dengan baik sekali.

Acara terakhir, “Pertandingan Pidato Tiga Minit” tidak kurang hebatnya apabila menawarkan hadiah tempat pertama berupa Al-Quran Digital berharga RM600. Lima anak muda yang mengambil bahagian menunjukkan kematangan masing-masing kerana berjaya menyampaikan hujah yang bernas dan menarik dalam tempoh persediaan hanya beberapa minit.


Karnival Al-Amin 2011 ditutup dengan rasminya oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad pada majlis makan malam di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur. Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah penghargaan kepada guru-guru dan kakitangan PPAA dengan penghargaan khas buat Puan Suhaini Ishak dan Puan Faezah Ismail, antara tenaga pendidik yang setia mencurahkan bakti mereka sejak 1986 hingga sekarang. Tahniah kepada PPAA dan yang telah menyumbang 25 tahun dalam pendidikan Islam yang bersepadu.

Wacana Peradaban Sejahtera: [Video1]

Wacana Peduli Ummah: [Video1]

Forum Qalbun Salim: [Video1] [Video2]

Forum Remaja Mithali: [Video1] [Video2]

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia