Allah Satu-satunya Tuhan Yang Disembah!
Sejak dahulu hingga kini, dunia dihuni oleh manusia yang rata-ratanya percaya akan kewujudan Tuhan. Malah, statistik semasa juga menunjukkan jumlah penganut agama di seluruh dunia, sama ada agama Kristian, Islam, Hindu, Buddha, Yahudi, Zoroastrian, Shinto, Bahai dan sebagainya masih jauh mengatasi jumlah mereka yang tidak beragama. Di Malaysia sendiri, ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ menjadi rukun yang […]
Kewujudan Tuhan: Dua Soalan Mencabar Agnotisme
Dalam masyarakat dunia hari ini, wujud satu golongan yang tidak tahu cara untuk mereka mempercayai Tuhan kerana pada pandangan mereka kewujudan Tuhan tidak dapat dibuktikan. Fahaman ini dikenali sebagai agnotisme. Kebiasaannya fahaman ini dianuti oleh mereka yang pada asalnya menyembah Tuhan, namun kemudiannya memilih untuk menjadi agnostik lantaran keraguan yang mula timbul mengenai kewujudan Tuhan. […]
Adakah al-Quran Wahyu Tuhan? Apa Buktinya?
Berdasarkan pengalaman para pendakwah, antara perkara lazim yang ditanyakan oleh bukan Muslim mengenai Islam adalah berkaitan al-Quran. Paling asas soalan mereka ialah,“Benarkah al-Quran wahyu Tuhan? Jika benar, apa buktinya?” Sebagai Muslim, alangkah baiknya jika kita mempunyai sedikit pengetahuan untuk merungkai persoalan tersebut. Malah, kebenaran al-Quran sebagai wahyu Tuhan merupakan perkara pokok yang perlu kita jelaskan, […]
Bukti Kewujudan Tuhan: Menyanggah Hujah Ateis
Persoalan mengenai kewujudan Tuhan melingkari kehidupan manusia sejak zaman-berzaman. Walaupun ia bukanlah persoalan utama bagi kebanyakan manusia memandangkan lebih ramai yang beragama berbanding yang tidak beragama, namun statistik mutakhir ini menunjukkan bilangan mereka yang sudah tidak mengakui adanya Tuhan semakin meningkat di seluruh dunia. Kajian yang dijalankan oleh Pew Research Center pada 2015 menunjukkan kumpulan […]
Apa Itu Islam? – Panduan Mudah Dakwah Non-Muslim
Tugas menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat terutamanya mereka yang bukan Islam (non-Muslim) adalah menjadi tanggungjawab kepada semua Muslim. Tugas ini bukanlah terbeban kepada golongan ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ sahaja. Dalam al-Quran, begitu banyak ayat yang menuntut kita untuk berdakwah dan berkongsikan keindahan Islam sebagai agama rahmat buat semua manusia. Persediaan untuk memberikan penjelasan mengenai Islam kepada […]
Dakwah Bil Hikmah – Maksud dan Cara Rasulullah Sebarkan Islam
Dalam al-Quran, selain ayat-ayat Allah yang menuntut kita untuk berdakwah, terdapat juga ayat yang menyebut bahawa dakwah hendaklah dilakukan secara berhikmah (dakwah bil hikmah). Ayat ini wajar menjadi panduan dan pegangan Muslim supaya usaha dakwah tidak tersasar daripada tujuannya yang sebenar. Ayat tersebut adalah sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Serulah manusia ke jalan Tuhanmu (wahai […]