Majlis Ramah Mesra sempena Eidulfitri IKRAM pertaut ukhuwah, pupuk muhibah

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan IKRAM Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra sempena Eidulfitri 1433H pada Ahad 9 September lalu di Taman Seri Empangan sarat dengan hidangan lebaran, diiringi hiburan berunsur didikan dan jalinan persaudaraan.
Rohingya: IKRAM dan PKPU berjaya serah sumbangan

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA 12 SEPTEMBER 2012
BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA MANGSA TRAGEDI ARAKAN, MYANMAR
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama PKPU Indonesia (NGO di bawah South East Asia Humanitarian Committee) telah berjaya menyerahkan sumbangan sebanyak USD43,000 kepada mangsa tragedi Arakan di Sittwe, Rakhine, Myanmar pada 10 September 2012.
Lawatan Rabitah Ulama Syria ke Malaysia raih sokongan, bantuan

KUALA LUMPUR – Lawatan tiga pimpinan Rabitah Ulama Syria ke Malaysia pada 16-20 Ogos lalu anjuran Gabungan Selamatkan Syria (GSS) memberi peluang kepada pelbagai pihak untuk memberi sokongan dan menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Syria yang ditindas.
Bengkel media cungkil bakat aktivis IKRAM Mesir

SERI KEMBANGAN – Seramai 17 orang aktivis Kelab IKRAM Mesir telah menghadiri bengkel kemahiran media selama tiga hari anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Bengkel telah dirasmikan pada 5 September 2012 oleh Setiausaha Agung IKRAM, Haji Zaid Kamaruddin dalam satu majlis perasmian di Pejabat IKRAM di Taman Sungai Besi Indah di sini.
Delegasi IKRAM ke Myanmar salur sumbangan RM100,000

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) hari ini menghantar buat kali keduanya wakil ke Arakan, Myanmar yang akan menyertai satu delegasi yang diketuai pertubuhan kemanusiaan dari Indonesia iaitu Pos Keadilan Peduli Umat (PKPU), serta beberapa NGO lain iaitu Rumah Zakat Indonesia dan Dompet Dhuafa.
I’tikaf Perdana IKRAM Pulau Pinang

PULAU PINANG – I’tikaf Perdana IKRAM Pulau Pinang telah diadakan pada 10-12 Ogos yang lalu di Masjid Daerah Barat Daya, Masjid Al-Mukhtar, Balik Pulau dengan kehadiran sekitar 200 ahli IKRAM.