Lawatan Rabitah Ulama Syria ke Malaysia raih sokongan, bantuan

Pimpinan tersebut ialah Syeikh Dr Khalik Kindo, pensyarah di Universiti King Abd. Aziz, Jeddah, Syeikh Dr Mohammad Shawaf, Setiausaha Rabitah Ulama Syria dan Syeikh Khalid Bakir.

Satu sidang media GSS telah diadakan sempena lawatan tersebut di Hotel Putra pada Khamis 16 Ogos lalu diikuti dengan sumbangan untuk rakyat Syria berjumlah RM10,000 (USD3,205) oleh Rayuan Ramadhan IKRAM telah diserahkan kepada mereka. Sumbangan diserahkan oleh Prof Madya Dr Hafidzi Md Noor mewakili Ustaz Wan Subki Wan Salleh, Naib Presiden IKRAM merangkap Pengerusi JK Hal Ehwal Antarabangsa (JKHA) IKRAM.


Dalam sidang media tersebut, ketua delegasi Rabitah Ulama Syria, Dr Khalik merayu sokongan moral dan bantuan material bagi membantu rakyat Syria yang ditindas dengan kejam oleh rejim Basyar Assad. Selain itu, mereka turut menggesa supaya kerajaan Malaysia menutup kedutaan Syria sebagai tanda sokongan kepada rakyat Syria yang dizalimi.

Turut hadir dalam sidang media ini ialah Pengerusi GSS, Naim Jusri dan wakil-wakil badan gabungan GSS iaitu Ahmad Fisal Md Salleh (HALUAN) dan Bro Jaudat (ABIM).

GSS dan wakil pimpinan Rabitah Ulama Syria turut bertemu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keesokannya di kediaman TPM. Muhyiddin mengikrarkan komitmen beliau untuk membantu gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria. Turut hadir Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom yang juga Pengerusi JK Perhubungan Antarabangsa IKRAM.

Para pimpinan ulama Syria ini turut menyambut Eidulfitri di Masjid Putra, Putrajaya. Mereka ditemani oleh Dr Hafidzi dan Pengurus JKHA IKRAM, Wan Mohd Yusuf Wan Ismail. Pelajar-pelajar Syria di Malaysia juga mengambil peluang untuk bersama berhari raya bersama mereka.

Mereka dijamu dengan rendang ayam, daging, ketupat, kuih-muih dan jus mangga di ruang legar di masjid setelah selesai solat Eidulfitri. Hasil kutipan Tabung Kasih Ummah Syria USD50,000 (RM155,642) sumbangan rakyat Malaysia turut diserahkan oleh IKRAM kepada Syeikh Dr Khalik Kindo.

Sebelum itu, sumbangan sebanyak Euro €10,000 (USD12,614 – RM39,266) turut diserahkan kepada pensyarah UTM, Dr Salamah yang mewakili rakyat Syria pada penghujung Julai yang lalu oleh Pegawai JKHA, Hasbullah Ismail.

Jumlah sumbangan sejak Muktamar Syria di Turki awal Julai lalu ialah USD80,819 iaitu melebihi USD60,000 seperti yang dijanjikan Ustaz Wan Subki dalam muktamar tersebut. Jumlah keseluruhan sumbangan rakyat Malaysia melalui IKRAM ialah USD155,819 (RM485,040).

Delegasi Rabitah Ulama Syria bersyukur dan sangat menghargai bantuan kemanusiaan dan sokongan moral kerajaan Malaysia, GSS, IKRAM, pertubuhan-pertubuhan lain dan rakyat Malaysia terhadap rakyat Syria yang dizalimi. Semoga sokongan, bantuan dan doa untuk rakyat Syria memberikan semangat kepada mereka untuk meneruskan kebangkitan menghentikan kezaliman, insya-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia