Majlis Ramah Mesra sempena Eidulfitri IKRAM pertaut ukhuwah, pupuk muhibah

Seawal majlis pada 10.00 pagi, kelihatan Jawatankuasa IKRAM Pusat, Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat, Jawatankuasa IKRAM Negeri Selangor, YDP-YDP IKRAM Daerah di Selangor dan Jawatankuasa IKRAM Daerah Putrajaya menyambut tetamu yang hadir.

Hadirin yang terdiri daripada ahli-ahli IKRAM sekeluarga, mahasiswa,  para tetamu jemputan dan masyarakat sekitar semakin ramai memenuhi tempat majlis pada 11.00 pagi. Dianggarkan lebih 2,000 orang telah hadir ke majlis ini.

Antara tetamu jemputan yang hadir adalah delegasi Partai Keadilan Sejahtera (PKS) cawangan Malaysia, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Majlis Pemuafakan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS), Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor, Koperasi Fitrah dan Persatuan Mahabbah Malaysia.

Selain itu, delegasi NGO yang turut hadir ialah LLG Cultural Development Centre (LLGCDC), Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), The Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM – NGO Palestin) dan Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).

Pada 11.30 pagi, Pengarah Majlis, Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail menyampaikan ucapan aluan diikuti dengan ucapan lebaran dan penghargaan kepada tetamu dan hadirin oleh YDP IKRAM Selangor, Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Celoteh DJ Idris ditemani team audio Alunan Firdausi Entertainment (AFE) memeriahkan lagi suasana majlis diiringi lagu-lagu yang mendidik jiwa sempena Eidulfitri. Kanak-kanak turut dihiburkan dengan dua orang ‘clown’ yang berlegar di kawasan majlis sambil menghadiahkan belon kepada mereka.

Selain aneka makanan dan kuih raya, hadirin dihiburkan dengan persembahan nasyid kumpulan Saff-One yang turut menyanyikan lagu IKRAM. Menariknya, Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom yang juga penulis lirik lagu tersebut dan Pengerusi JK Khidmat Masyarakat, Hj Nahar Md Nor turut menyanyikan lagu IKRAM bersama-sama kumpulan Saff-One.

Kemudian, penasyid daripada Pusat STAM IKRAM, kumpulan Huffaz turut mendendangkan nasyid mereka. Selain makanan yang disediakan oleh IKRAM Pusat, IKRAM Daerah-daerah di Selangor juga menyumbangkan pelbagai juadah antaranya cendol, lemang, laksa dan jeli kelapa.

Gambar dari kiri: Jawatankuasa IKRAM Pusat dan Jawatankuasa IKRAM Selangor sesi 2012-2014

Majlis berakhir pada jam 2.00 petang dengan rasa kesyukuran di pihak penganjur atas kelancaran majlis yang mempertemukan sesama ahli IKRAM, parti politik, NGO dan masyarakat setempat dalam suasana penuh ukhuwah, muhibbah dan keharmonian.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia