Gejala zina perlu penyelesaian lebih holistik – Wanita IKRAM

”Wanita IKRAM Malaysia menyeru supaya langkah penyelesaian yang lebih holistik dilaksanakan dengan meningkatkan usaha mencegah zina. Masyarakat perlu kembali mengamalkan cara hidup berpandukan ajaran agama masing-masing. Bagi umat Islam tiada pilihan lain kecuali kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama program ’Wacana Pendidikan Seksualiti: Adakah Ianya Satu Penyelesaian?’ yang berlangsung di sini semalam.

Mengenai pengajaran pendidikan seksualiti pula, Ustazah Maznah berkata usaha itu dilihat sebagai salah satu daripada langkah pencegahan.

”Ia merupakan komponen yang ditekankan dalam sistem pendidikan Islam. Adalah amat penting bagi pihak penggubal dasar dan pelaksana memahami konsep dan objektif pendidikan seksualiti yang hendak dilaksanakan agar kerangka dan hala tuju pelaksanaannya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tidak tersasar dari landasan agama,” ujarnya lagi.

Pendidikan seksualiti yang hendak dilaksanakan, menurutnya, perlu berupaya mencegah gejala zina. Ia harus menggunakan pendekatan yang menyeluruh termasuk sudut biologikal, intelektual, emosi, sosial dan spiritual.

”Pendidikan seksualiti perlu sentiasa dikaitkan dengan persoalan akidah dan akhlak serta dapat menanam kefahaman bahawa gaya hidup seksual mestilah selaras dengan nilai dan garis yang ditetapkan oleh Islam,” tambah Ustazah Maznah.

Selain itu, katanya, kandungan pendidikan seksualiti mesti menjurus ke arah memahami diri sendiri, seterusnya mengenali serta patuh kepada Allah.

”Dengan yang demikian, jelas sekali bahawa bentuk pendidikan seksualiti yang disarankan adalah jauh berbeza daripada apa yang dilaksanakan di Barat.”

Wanita IKRAM juga menggesa pihak kerajaan supaya merangka satu pelan tindakan bersepadu yang melibatkan setiap anggota masyarakat bagi membendung pergaulan bebas dan gejala zina di negara ini.

Antara yang dicadangkan adalah usaha bersungguh-sungguh untuk menutup ruang yang menggalakkan zina seperti penerbitan dan pengedaran bahan media berbentuk lucah, mengawal aktiviti yang menggalakkan pergaulan bebas dan maksiat, memperkasa kedudukan wanita supaya mereka lebih sedar untuk menjaga kehormatan dan harga diri, mengadakan kempen besar-besaran supaya masyarakat memandang jijik perlakuan zina serta memperkukuh institusi keluarga.

Kenyataan media Wanita IKRAM itu turut disokong oleh Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan sebuah pusat perlindungan dan bimbingan remaja puteri, Raudhatus Sakinah Berhad.

(Sumber: Malaysia Harmoni)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia