Hak dan Kewajipan Ahli
HAK AHLI Ahli Biasa Ahli Biasa berhak mengambil bahagian dalam program dan kegiatan umum IKRAM. Ahli Biasa berhak menghadiri mesyuarat di peringkat Daerah. Ahli Biasa berhak untuk bersuara dan mengundi untuk semua pemilihan pada peringkat Daerah. Ahli Aktif Ahli Aktif mempunyai semua hak Ahli Biasa, dengan ditambah hak-hak berikut: Mengundi untuk semua pemilihan pada peringkat […]
Ucaptama Sempena Majlis Pelancaran IKRAM
Ucaptama Sempena Majlis Pelancaran IKRAM
Melaksanakan Misi, Menjayakan Visi
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه باحسان الى يوم الدين أما بعد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tuan-tuan, puan-puan serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Sudah lebih 52 tahun kita meninggalkan era penjajahan terhadap negara ini. Berbagai-bagai peristiwa penting telah terjadi; sudah 12 kali pilihan raya berlangsung dan pemimpin silih berganti. Namun keadaan kita hari ini masih tidak menepati sasaran hidup masyarakat Islam yang maju dan berjaya. Kita masih tidak ditadbir oleh kepemimpinan Islam yang berwibawa. Kita masih tidak dinaungi peraturan hidup atau syariah yang adil yang mengatur urusan negara dan kehidupan rakyat sepenuhnya tanpa pengecualian.
14 sukarelawan VP5 selamat pulang ke tanah air
SEPANG – Ketibaan 14 warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan konvoi jalan darat Viva Palestina Kelima (VP5) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kira-kira jam 4.30 petang semalam disambut meriah oleh lebih 200 orang ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
“Prestasi tarbiah meningkat tetapi kerja kita masih banyak”
SERDANG – “Prestasi tarbiah ahli-ahli IKRAM meningkat baik namun tarbiah adalah proses yang berterusan dan kita perlu memperbaiki segala kekurangan,” demikian kata Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah IKRAM ketika diminta pendapatnya mengenai prestasi tarbiah ahli-ahli IKRAM secara keseluruhan.
IKRAM lahirkan naqib untuk bina ummah – Presiden
SERDANG – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bertanggungjawab mendidik ahli-ahlinya untuk menjadi naqib (pemimpin) yang bakal membina ummah, kata Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.
Zina: Perkara haram yang paling disukai
PUTRAJAYA – “Zina adalah perkara haram yang paling disukai manusia. Walaupun arak haram, namun arak itu boleh memudaratkan badan manusia. Tetapi hubungan kelamin adalah fitrah dan keperluan bagi manusia”. Demikianlah antara isi penyampaian Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia dalam program ‘Wacana Pendidikan Seksualiti: Adakah Ianya Satu Penyelesaian?’ yang berlangsung di Putrajaya semalam.