Pendidikan Seksualiti: Adakah Ia Satu Penyelesaian?

Program ini akan diadakan pada 7 Oktober 2010 di Auditorium 1, Pusat Komuniti Presint 16, Putrajaya. Program akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan pengisian Ucaptama bertajuk ’Pelaksanaan Syariah Penyelesaian kepada Gejala Sosial’ oleh Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, Ustazah Maznah Daud, pembentangan pertama bertajuk ’Keberkesanan Pendidikan Seksualiti dalam Mendepani Gejala Seksual’ oleh Naib Presiden JIM dan Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat, Prof Madya Dr Harlina Halizah Haji Siraj, pembentangan kedua bertajuk ’Pelaksanaan Pendidikan Seksualiti dalam Sisitem Pendidikan MUSLEH’ dan diakhiri dengan forum ’Pendidikan Seksualiti Adakah Ia Satu Penyelesaian?’

Antara objektif program ini ialah memberi kefahaman kepada para peserta akan kepentingan pelaksanaan syariah sepenuhnya sebagai penyelesaian kepada segala bentuk gejala sosial di negara ini, memberi kefahaman kepada para peserta mengenai bentuk pelajaran dan pengajaran pendidikan seksualiti yang boleh dilaksanakan selaras dengan landasan yang telah ditetapkan oleh Islam, menilai keberkesanan model pendidikan seksualiti yang pernah diamalkan serta berkongsi pengalaman pelaksanaan sistem pendidikan Islam yang telah mengintegrasikan pendidikan seksualiti di bawah rangkaian sistem pendidikan Musleh.

Orang ramai dijemput hadir di mana sasaran peserta adalah sekitar 150 orang yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan mereka yang terlibat dalam pembentukan polisi, NGO yang prihatin mengenai isu ini, para pendidik dan mereka yang berminat dalam isu ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia